COURTESY CALL- THAILAND AMBASSADOR

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

20 September 2022, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan muhibbah dari Puan yang Terutama Ms Boosara Kenchanalai, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam yang baru.

Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan PYT, Rektor UNISSA, Yang Mulia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Semasa perjumpaan yang diadakan di Bilik Pejabat Rektor, Yang Mulia Rektor merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PYT sudi mengunjungi UNISSA dan menawarkan beberapa tawaran antaranya aktiviti ilmiah iaitu pertukaran pelajar, latihan Industri dan lain-lain.

Kunjungan lawatan PYT adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan dan pengajian tinggi antara dua buah negara. Banyak yang boleh dipelajari oleh UNISSA dari negara Thailand. Ketika ini, pelajar thailand di UNISSA adalah seramai 36 orang dan UNISSA telah menandatangani MoU dengan 6 buah universiti dari Thailand Sejak MoU, UNISSA telah melaksanakan beberapa aktiviti dengan universiti-universiti berkenaan seperti Student Exchange Program, penganjuran 12 persidangan/seminar bersama dan lawatan ilmiah antara pelajar dan tenaga akademik. Prince Songkla University (PSU) yang terletak di Pattani dan Hat Yai dan juga Fatoni University di Pattani, Southern Thailand adalah antara universiti yang paling aktif melaksanakan kegiatan ilmiah dengan UNISSA.