LAWATAN KERJA KE KOLEJ INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES (KIGS)
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Rabu, 26 Jun 2024 – Rombongan UNISSA yang terdiri daripada pegawai-pegawai utama UNISSA mengadakan kunjungan
Selasa 25 Jun 2024M – Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Farhat Abbas Sani, Pesuruhjaya
Rabu, 19 Jun 2024 – Ibadah Korban merupakan amalan sunat yang sangat dituntut dalam Islam
ANJURAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) akan menawarkan Program Walk Your Talk Siri 2: Conflict Prevention secara percuma kepada orang ramai.
Program ini akan diadakan pada hari Isnin, 19 September 2022M bersamaan 22 Safar 1444H bermula jam 2.00 hingga 4.00 petang melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar). Program ini akan disampaikan oleh Dr Suleiman Mohammed Hussein Boayo, Penolong Profesor Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), UNISSA.
Program ini diadakan bagi memberi kefahaman mengenai proses-proses penyelesaian konflik secara aman, dan meningkatkan cara-cara penyelesaian konflik tanpa kekerasan dari peringkat interpersonal, serta membincangkan sebarang isu yang dihadapi dalam melaksanakan penyelesaian konflik keamanan.
Orang ramai yang ingin mengikuti program ini bolehlah melayari link berikut: https://us06web.zoom.us/j/83450334627 (passcode: UNISSA)
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA di talian 2462000 sambungan 267 atau menghubungi Noorhizrah binti Mohammad di talian +673 8271823 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn.