LAWATAN KERJAYA: SEKOLAH PEGAWAI KADET, AKADEMI PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI [ABDB]

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

LAWATAN KERJAYA: SEKOLAH PEGAWAI KADET, AKADEMI PERTAHANAN, ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI [ABDB]

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni melalui Persatuan Alumni telah mengadakan Lawatan Kerjaya: Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei [ABDB] pada hari Isnin, 27 Safar 1446H bersamaan dengan 02 September 2024M.

Seramai 62 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi tahun akhir UNISSA telah mengikuti lawatan kerjaya ini.

Lawatan Kerjaya ini diadakan secara dua sesi di mana sesi pertama dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai Sekolah Pegawai Kadet dan taklimat kerjaya tentera di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei [ABDB].  Taklimat ini disampaikan oleh dua orang Pegawai daripada ABDB.

Taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawap, memberikan peluang kepada peserta untuk mengajukan soalan dan mendapat maklumat lanjut mengenai kerjaya tentera.

Manakala, sesi kedua melibatkan aktiviti Command & Task yang diatur oleh pihak ABDB. Aktiviti ini memberi peserta peluang untuk terlibat dalam tugasan dan cabaran yang berkaitan dengan kepimpinan dan kerja berpasukan, memberikan mereka pengalaman praktikal mengenai aspek-aspek tertentu dalam kerjaya tentera.

Lawatan kerjaya ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada peluang kerjaya dalam ABDB dan memberikan mereka gambaran realistik mengenai kehidupan serta tanggungjawab dalam bidang ketenteraan. Selain itu, aktiviti Command & Task yang diadakan bertujuan untuk mengasah kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan peserta, sambil meningkatkan minat mereka terhadap kerjaya tentera.

Sesi bengkel ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada wakil yang disampaikan oleh Dr Norasiah binti Haji Amai, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni.

Hasil lawatan kerjaya ini diharapkan dapat memberikan peserta pemahaman yang lebih mendalam tentang kerjaya dalam ABDB, serta memotivasi mereka untuk mempertimbangkan bidang ketenteraan sebagai pilihan kerjaya. Selain itu, diharapkan peserta dapat memperoleh kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan yang berguna, serta membina hubungan yang berguna dengan pegawai ABDB untuk panduan masa depan.