KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK ISLAM IRAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Sabtu, 18 Januari 2025 bersamaan 18 Rejab 1446H – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Isnin, 13 Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar tiga orang
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan Program Khidmat Akademik secara percuma kepada orang ramai.
Kuliah yang bertajuk Hadis Palsu Popular di Kalangan Masyarakat ini akan diadakan pada hari Sabtu, 03 September 2022M bersamaan 07 Safar 1444H bermula jam 9.30 hingga 11.00 pagi (1 jam 30 minit) melalui platform secara dalam talian (Zoom Webinar). Kuliah ini akan disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Timbalan Dekan, Hal Ehwal Pelajar, UNISSA.
Adapun tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada masyarakat awam memperoleh ilmu pengetahuan asas terhadap bidang ilmu yang disampaikan. Selain itu, tenaga akademik UNISSA juga dapat menjalankan tanggungjawab sosial di samping beroleh pengalaman menerusi khidmat akademik yang disampaikan. Justeru, program ini diharap dapat menjadikan UNISSA dikenali sebagai sebuah universiti Islam yang menawarkan pelbagai program yang boleh disertai oleh masyarakat awam.
Orang ramai yang ingin mengikuti Program Khidmat Akademik ini bolehlah melayari link berikut https://us06web.zoom.us/j/89875666738 (passcode: UNISSA).
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, UNISSA di talian 2462000 sambungan 204/202 ataupun melayari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar email ke C4L@unissa.edu.bn.