Vol. 7 No. 2 (2024): IJUS Vol. 7, Issue 2, July 2024
Articles

Kesan Kurikulum Pelajaran Ugama Terhadap Pembangunan Sahsiah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Islam Negara Brunei Darussalam

Abdul Hakim bin Dr Haji Roslan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Hambali bin Haji Jaili
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
Yumna Yumna
Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam

Published 2024-07-31

Keywords

  • Kurikulum, Pelajaran Ugama, Sahsiah Pelajar, Pengajian Tinggi

How to Cite

bin Dr Haji Roslan, A. H., bin Haji Jaili, H., & Yumna, Y. (2024). Kesan Kurikulum Pelajaran Ugama Terhadap Pembangunan Sahsiah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Islam Negara Brunei Darussalam . IJUS | International Journal of Umranic Studies, 7(2), 29–44. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/ijus/article/view/936

Abstract

Artikel ini membincangkan kesan kurikulum pelajaran ugama terhadap pembangunan sahsiah pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif bagi memudahkan pengkaji untuk melihat kesan kurikulum tersebut terhadap pembangunan sahsiah pelajar IPT Islam. Manakala instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik, temubual, dokumentasi dan pemerhatian. Persampelan kajian ini melibatkan seramai 348 responden yang dipilih daripada IPT Islam di Negara Brunei Darussalam. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Instrumen kajian telah menunjukkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item soal selidik adalah tinggi (>0.9). Hasil dapatan kajian menunjukkan kesan kurikulum pelajaran ugama terhadap pembangunan sahsiah pelajar menunjukkan skor min pada tahap sederhana tinggi iaitu min=3.96, sisihan piawai=.577. Manakala kesan daripada aspek pemerhatian dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=4.19); kesan daripada aspek mujahadah (perjuangan) dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=4.07); kesan daripada aspek pergaulan dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=3.96); kesan daripada aspek muhasabah (memperbaiki diri) dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=3.83) dan kesan daripada aspek riyadah (latihan) dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=3.76). Hasil dapatan ujian-t, menunjukkan terdapatnya perbezaan daripada kesan-kesan aspek pemerhatian, aspek mujahadah (perjuangan), aspek pergaulan, aspek muhasabah (memperbaiki diri) dan aspek riyadah (latihan). Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru selaku pelaksana kurikulum pelajaran ugama dan pelajar selaku penerima dan pengamal isi kandungan kurikulum. Keperluan kepada aspek penyusunan dan pengemaskinian kurikulum Pelajaran Ugama ini perlulah seimbang, lengkap dan sempurna agar ianya bersesuaian kepada aspek pembangunan sahsiah pelajar. Selain itu juga, perlu dijalankan satu kajian penyelidikan mengenai penyusunan dan pengemaskinian semula kurikulum pelajaran ini bagi membolehkannya memperkenalkan program-program yang boleh menjadi satu inisiatif kepada pembangunan sahsiah pelajar.