Vol. 7 No. 1 (2024): IJUS Vol.7, Issue No. 1, January 2024
Articles

Pengetahuan dan Sikap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam Terhadap Aspek Keselamatan Siber: Perisian Aplikasi

Published 2024-01-31

Keywords

  • Keselamatan Siber,
  • Pengetahuan,
  • Sikap,
  • Perisian Aplikasi

How to Cite

Muhammad Haziq bin Haji Shahjahan, Adam bin Haji Jait, Anis Malik Thoha, & Nurefnazahani binti Haji Durani. (2024). Pengetahuan dan Sikap Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Negara Brunei Darussalam Terhadap Aspek Keselamatan Siber: Perisian Aplikasi. IJUS | International Journal of Umranic Studies, 7(1), 1–14. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/ijus/article/view/846

Abstract

Perkembangan pesat info-teknologi dan penggunaan internet masa kini bergerak secara pantas sehingga menimbulkan isu-isu terhadap keselamatan siber. Fenomena ini perlu diberi perhatian khususnya pelajar institusi pengajian tinggi disebabkan mereka didapati bersifat lalai dan menjadi sasaran jenayah siber. Maka kajian ini bertujuan meneliti tahap pengetahuan dan sikap pelajar institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam terhadap penggunaan perisian aplikasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Instrumen kaji selidik dengan menetapkan skala Likert empat mata telah diedarkan kepada 580 orang pelajar tahun akhir di empat buah universiti awam Negara Brunei Darussalam, dengan menggunakan persampelan Bola Salji. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan responden terhadap penggunaan perisian aplikasi di tahap sederhana (min= 2.77); manakala tahap sikap responden pula ditahap tinggi (min =3.03). Dapatan ini menjelaskan sungguhpun pelajar mengamalkan sikap berhemah dalam menggunakan perisian aplikasi, tetapi masih terdapat lagi ruang bagi meningkatkan pengetahuan mereka ke tahap lebih baik. Ia turut menunjukkan jurang antara tahap sikap dan tahap pengetahuan pelajar yang memerlukan latihan agar pengetahuan mereka sejajar dengan sikap positif mereka.