Vol. 6 No. 1 (2023): IJUS Vol.6, Issue No. 1, January 2023
Articles

Cabaran Media Sosial Terhadap Pendidikan Aqidah Islam

Published 2023-10-12

Keywords

  • Golongan Muda,
  • Media Sosial,
  • Pendidikan Islam

How to Cite

Hambali Jaili, & Halimaturradiah Metussin. (2023). Cabaran Media Sosial Terhadap Pendidikan Aqidah Islam. IJUS | International Journal of Umranic Studies, 6(1), 55–63. https://doi.org/10.59202/ijus.v6i1.716

Abstract

Teknologi moden telah memberi impak yang amat besar terhadap kehidupan masyarakat khususnya golongan muda. Jika zaman dahulu, dunia kanak-kanak dipenuhi dengan aktiviti fizikal bermain di luar rumah, berbasikal, beriadah dan sebagainya, namun golongan muda pada abad ke 21 pula terdedah kepada penggunaan pelbagai peralatan teknologi seperti televisyen, internet, komputer, telefon pintar. Akses Internet mudah didapati dimana-mana di samping penggunaan meluas pelbagai peranti gajet seperti telefon pintar menjadikan maklumat mudah diakses dihujung jari. Pengunaan media sosial di samping memberi manfaat juga memberikan kesan yang buruk jika disalahgunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah dan maklumat yang salah dan tidak tepat. Berdasarkan pelbagai kajian, media sosial memberi kesan terhadap sahsiah diri terutama aspek sosio-psikologi golongan muda. Hak individu dan kebebasan bersuara sering digunakan bagi membolehkan mereka melakukan serta meluahkan sesuatu tanpa batasan. Terdapat dua cabaran utama yang harus dihadapi dalam pendidikan Islam iaitu: pertama, jurang ilmu antara pendidik dengan golongan muda; dan kedua, kefahaman akidah yang betul dalam kalangan golongan muda.