Vol. 2 No. 2 (2019): IJUS Vol.2, Issue. 2, July 2019
Articles

Perlaksanaan Perundangan Syariah dalam Era Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah: Mercu Tanda Kegemilangan Islam Kontemporari

Published 2022-12-27

Keywords

  • syariah,
  • era KDYMM Sultan,
  • fenomena,
  • cemerlang

How to Cite

Abdurrahman Raden Aji Haqqi. (2022). Perlaksanaan Perundangan Syariah dalam Era Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah: Mercu Tanda Kegemilangan Islam Kontemporari. IJUS | International Journal of Umranic Studies, 2(2), 49–62. https://doi.org/10.59202/ijus.v2i2.550

Abstract

Pada ketika negara-negara Islam dalam proses mengurangi pengaruh undang-undang Islam dalam system perundangannya, Negara Brunei Dasussalam mengambil langkah sebaliknya. Brunei Darussalam malah memperkukuh perundangan Islam dalam system pentadbirannya secara keseluruhannya. Pada ketika negara-negara di dunia sibuk dengan kemajuan duniawi, Negara Brunei Darussalam berani melihat ke hadapan dengan mengambil kira kehidupan ukhrawi dengan Gagasan dan pelaksanaan Negara Zikir. Pada ketika negara-negara lain mempromosikan keagungan hidup dunia, Negara Brunei Darussalam sedang dalam menyempurnakan negara dengan sifat Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur. Undang-undang Syariah yang kukuh; Negara Zikir yang dicita-citakan; dan Baldatun Tayyibatun Ghafurun yang sedang disempurnakan merupakan tonggak kemajuan Negara Brunei Darussalam yang berpaksikan alam yang kekal pada hari kandila sebagaimana yang sentiasa dikumandangkan dan ditegaskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selama pemerintahan Baginda dari 5 Oktober 1967 hingga hari ini. “Adalah menjadi hasrat Beta dan Kerajaan Beta untuk terus memelihara ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai suatu cara hidup dan landasan kepada pentadbiran Kerajaan Negara Brunei Darussalam – sesuai dengan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Negara.” (Petikan Titah sempena pembukaan rasmi Persidangan Belia Islam Asia Tenggara dan Pasifik di Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan Pada 18 Mac, 1984) Kertas kerja ini menggunakan metod deskripsi dan kajian perpustakaan di mana ia membaca, memerhati, mengkaji dan menganalisis rujukan-rujukan yang sedia ada. Dan sebagai temuan akhir kertas kerja ini didapati bahawa perlaksanaan Syariah dalam era Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah merupakan mercu tanda kegemilangan Islam kontemporari yang menjadikan Negara Brunei Darussalam mempunyai karakter, kecemerlangan dan keunggulan tersendiri dalam kancah pergumulan perjalanan negara-negara di dunia hari ini.