Published 2022-12-22
Keywords
- al-Qur’an,
- pemikiran,
- al-Ghazālī,
- pendidikan
How to Cite
Copyright (c) 2022 IJUS | International Journal of Umranic Studies
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Pemikiran merupakan suatu yang badīhī (asas) atau kejelasan semata-mata, dan kerana kejelasannya maka tidak perlu dicari dalil dan pembuktianya. Pemikiran adalah modal dan alat yang penting di dalam kehidupan umat manusia, tetapi pemikiran haruslah ada yang menuntunnya agar sentiasa berada di jalan yang benar. Penuntun yang dimaksud adalah Al Qur'ān Al-Karīm, kerana merupakan wahyu daripada Allāh Subhānahū wata’ālā. Jadi, pemikiran adalah pemberian daripada Allāh Subhānahū wata’ālā untuk manusia sebagai alat untuk berfikir. Oleh kerana itu, pemikiran haruslah sentiasa sejalan dengan Al-Qur’ān Al-Karīm kerana tanpa petunjuk Al Qur'ān Al-Karīm, maka manusia akan sesat. Jadi, Islam adalah agama fikiran, dengan erti bahawa mengakui pemikiran sebagai asasnya dan sebagai alat untuk membela kebenaran. Imām Al-Ghazālī merupakan tokoh pendidikan Islam yang sudah tak diragukan lagi kemampuannya dalam bidang kependidikan Islam. Menurutnya, pendidikan merupakan proses memanusiakan manusia sampai akhir hayatnya menuju pendekatan diri kepada Allāh Subhānahū wata’ālā sehingga menjadi manusia sempurna. Tujuan pendidikan menurut Imām Al-Ghazālī adalah membentuk manusia ṣālih. Di dalam artikel ini, penulis mengetengahkan tokoh agung ini tentang Pemikiran Imām Al-Ghazālī tentang Pendidikan Islam. Tokoh agung yang dimaksud adalah Muhammad bin Muhammad bin Muhamad bin Ahmad Al-Ghazālī.