Vol. 3 No. 2 (2020): IJUS Vol.3, Issue. 2, July 2020
Articles

Falsafah Pembangunan Negara Zikir Memperteguh Stabiliti Konsep Melayu Islam Beraja

Published 2022-12-21

Keywords

  • Falsafah,
  • pembangunan,
  • Negara Zikir,
  • stabiliti,
  • Melayu Islam Beraja

How to Cite

Rasinah Ahim. (2022). Falsafah Pembangunan Negara Zikir Memperteguh Stabiliti Konsep Melayu Islam Beraja. IJUS | International Journal of Umranic Studies, 3(2), 59–69. https://doi.org/10.59202/ijus.v3i2.528

Abstract

Negara-negara dunia hari ini saling bersaing dan berlumba-lumba untuk meletakkan kedudukan negara masing-masing dalam kelompok negara maju yang mencapai indeks terbaik dalam aspek pembangunan, perindustrian, perekonomian, kesihatan, keselamatan, pendidikan dan sebagainya. Dalam keterujaan negara-negara dunia bergerak dan mengejar beberapa pencapaian global, Negara Brunei Darussalam pula, berhasrat menjadikan bentuk dan lanskap negaranya menjadi sebuah Negara Zikir yang merupakan cetusan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Daruusalam, sekali gus menunjukkan kebitaraan Baginda dalam menerajui Negara Brunei Darussalam. Negara Zikir bukan bermakna mengenepikan pembangunan zahir tetapi hakikatnya mengutamakan serta mendahulukan tuntutan Allah Subhānahu wa Ta’ālā dalam setiap pembangunan yang dilaksanakan sama ada yang bersifat fizikal, material dan spiritual. Justeru artikel ini mengupas mengenai falsafah pembangunan Negara Zikir yang dilihat sejajar dengan prinsip Islam, yang selayaknya diaplikasikan di dalam sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama kebangsaan. Kupasannya menggunakan pendekatan kualitatif dengan bersandarkan kepada kaedah deskriptif dalam memperolehi hasil maklumat mengenai perbahasan di dalamnya. Sesungguhnya dalam merealisasikan Negara Brunei Darussalam mencapai status Negara Zikir, maka setiap inci pembangunan yang disusun, diusaha dan dilaksanakan di Negara Brunei Darussalam hendaklah bermatlamatkan semata-mata untuk mendapatkan mardhatillah atau meraih keredhaan Allah Subhānahu wa Ta’ālā. Negara Zikir bukan bermakna satu pendekatan atau mekanisme baharu tetapi ia lebih bersifat kepada memperteguh stabiliti konsep Melayu Islam Beraja yang menjadi dasar pembangunan Negara Brunei Darussalam pada saat pengisytiharan kemerdekaan, malah telah diaplikasikan sejak pembinaan Institusi kesultanan Brunei lagi.