Vol. 4 No. 2 (2021): IJUS Vol.4, Issue No. 2, July 2021
Articles

Program Produktif Propaz Sebagai Langkah Mengurangkan Kemiskinan Di Negara Brunei Darussalam

Published 2021-07-01

How to Cite

Maimunah Binti Haji Masri. (2021). Program Produktif Propaz Sebagai Langkah Mengurangkan Kemiskinan Di Negara Brunei Darussalam. IJUS | International Journal of Umranic Studies, 4(2), Page 51–60. https://doi.org/10.59202/ijus.v4i2.417

Abstract

Melalui zakat, hak orang miskin, orang miskin dijunjung dan ditolong. Oleh itu, selain daripada zakat yang bersifat konsumtif, ia juga diaktifkan melalui zakat yang produktif iaitu menambah atau sebagai modal teroka. Majlis Ugama Islam sebagai pengurus zakat Negara Brunei Darussalam telah berusaha mempelbagaikan langkah-langkah bantuan untuk membantu golongan asnaf yang memerlukan terutama golongan miskin. Selain mengagihkan dana zakat secara habis-habisan, MUIB juga mengadakan program baru sebagai kaedah pengedaran produktif yang disebut PROPAZ. PROPAZ diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kaedah pengagihan yang diharapkan untuk mengurangkan kemiskinan di Negara Brunei Darussalam.Penelitian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana Program Pemberdayaan Zakat Asnaf (PROPAZ) dapat membantu asnaf dalam membasmi kemiskinan. Di samping memperkenalkan lebih banyak mengenai tujuan program serta jenis aktiviti yang ditawarkan untuk membantu para peserta. Penelitian ini adalah berbentuk kualitatif, yang mengutamakan kepada proses dan persepsi yang dilakukan serta mengungkap pelbagai maklumat dengan mendeskripsi dan menganalisis. Hasil penelitian menunjukkan bahawa program ini memperlihatkan perlbagai hasil kejayaan dari tahun ke setahun sehingga kini. PROPAZ mampu bergerak lebih maju dan menghasilkan peserta yang berkemahiran serta mampu mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan.