Vol. 4 No. 1 (2021): IJUS Vol.4, Issue No. 1, January 2021
Articles

Kitab Turjuman Al-Mustafid: Kajian Terhadap Ilmu Bilangan Ayat.

Published 2021-01-01

How to Cite

Ahmad Baha’ Mokhtar. (2021). Kitab Turjuman Al-Mustafid: Kajian Terhadap Ilmu Bilangan Ayat. IJUS | International Journal of Umranic Studies, 4(1), Page 47–55. https://doi.org/10.59202/ijus.v4i1.400

Abstract

Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri dan karyanya Turjuman al-Mustafid adalah tidak asing lagi dalam kalangan pengkaji-pengkaji Nusantara. Turjuman al-Mustafid merupakan sumbangan terbesar Syeikh Abdul Rauf kepada tamadun Melayu khususnya dalam bidang al-Quran dan ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Ia merupakan terjemahan lengkap al-Quran dalam Bahasa Melayu yang pertama dihasilkan. Namun begitu, Turjuman al-Mustafid bukan semata-mata terjemahan al-Quran, karya ini turut dilengkapkan dengan beberapa bidang ulum al-Quran yang lain seperti ilmu al-Qira’at dan ilmu al-Fawasil atau ilmu berkaitan bilangan ayat-ayat al-Quran bagi setiap surah. Walaupun karya ini telah banyak mendapat penelitian oleh ahli akademik, namun setakat yang diketahui belum terdapat kajian yang menyentuh topik ilmu al-Fawasil di dalam karya ini. Maka objektif kajian ini adalah untuk menonjolkan sumbangan Abdul Rauf al-Fansuri dalam bidang tersebut. Dalam menghasilkan kertas kerja ini kaedah perbandingan antara fakta dalam karya ini dengan riwayat-riwayat ulama bilangan ayat akan digunakan. Setelah itu, segala maklumat yang terkumpul akan dianalisis untuk mendapat satu rumusan keseluruhan. Kajian ini mendapati bahawa Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri telah menyentuh bilangan-bilangan ayat bagi setiap surah. Pada sebahagian surah beliau menyatakan perbezaan tentang bilangan ayat dalam surah tersebut. Maka fakta ini menunjukkan bahawa beliau adalah antara ulama Melayu pertama yang menyentuh tentang bilangan ayat al-Quran atau ilmu al-Fawasil.