Vol. 5 No. 1 (2024): Vol. 5 No. 1 (2024): As-Shafi'i: Vol 5 , Jan - Jun 2024
Articles

INOVASI PRODUK WAKAF KONTEMPORARI; PENGALAMAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Dr. Mohd Ali bin Muhamad Don
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Dr. Mohd Rilizam bin Rosli
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Dr. Mohd Shukri bin Mohd Senin
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Mohd Farhan bin Ahmad
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Dr. Mas Nooraini Mohiddin
University Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Dr. Cecep Soleh Kurniawan
University Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Dr. Kamaru Salam Yusof
University Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Published 2024-12-28

Keywords

  • inovasi wakaf kontemporari, wakaf korporat, wakaf saham, wakaf tunai, wakaf pendidikan

How to Cite

Dr. Mohd Ali bin Muhamad Don, Dr. Mohd Rilizam bin Rosli, Dr. Mohd Shukri bin Mohd Senin, Mohd Farhan bin Ahmad, Dr. Mas Nooraini Mohiddin, Dr. Cecep Soleh Kurniawan, & Dr. Kamaru Salam Yusof. (2024). INOVASI PRODUK WAKAF KONTEMPORARI; PENGALAMAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) KUALA LUMPUR, MALAYSIA. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 5(1), 66–82. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/910

Abstract

Wakaf di Malaysia telah bermula seiring dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu.
Pengurusannya terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai
Pemegang Amanah Tunggal wakaf. Selaku sole-trustee, MAIN telah memperkenalkan pelbagai
inovasi agar wakaf kekal relevan sebagai sektor ekonomi kebajikan untuk kemajuan ummah
sejagat. Berdasarkan kepada kajian lapangan dan temu bual bersama pihak MAIWP didapati
pelbagai inovasi produk wakaf kontemporari seperti wakaf korporat dan wakaf saham untuk
manfaat keagamaan, pendidikan, sosial dan kesihatan telah diwujudkan. Antaranya ialah Wakaf
Korporat FELDA, di mana FELDA sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan di beri kuasa untuk
mengurus, mengutip dan mengagihkan manfaat wakaf di samping memelihara dan
mengembangkan dana wakaf. Sejak dilancarkan pada tahun 2021, sejumlah hampir RM30 juta
dana wakaf telah berjaya dikumpulkan dan diagihkan. Justeru dalam kertas ini penyelidik
melaporkan sebahagian daripada dapatan temu bual bersama pihak MAIWP untuk rujukan para
pengkaji dan penyelidik wakaf. Dapatan ini dilaporkan secara bertulis menggunakan gambarajah,
jadual dan diperkukuhkan dengan sumber literatur dan dibincangkan secara kritis untuk pengetahuan pembaca. Dengan kejayaan memperkenalkan pelbagai inovasi wakaf selayaknya
MAIWP menjadi model dan inspirasi bagi pengurus wakaf untuk terlibat secara konsisten dalam
menghasilkan produk wakaf kontemporari yang dapat memberikan dampak positif bagi
masyarakat dan negara. Ini bagi memastikan peranan wakaf yang signifikan dalam menyokong
pembangunan infrastruktur, memperluas akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran, serta
meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. Melalui inovasi kontemporari seperti ini juga
wakaf tidak lagi dianggap sebagai sunnah yang hilang atau gergasi yang tidur apabila berjaya
digerakkan secara kolektif dan bersepadu demi menyemarakkan aktiviti berwakaf di seantero
dunia Islam khasnya.


Kata kunci: inovasi wakaf kontemporari, wakaf korporat, wakaf saham, wakaf tunai, wakaf
pendidikan.