Vol. 5 No. 1 (2024): Vol. 5 No. 1 (2024): As-Shafi'i: Vol 5 , Jan - Jun 2024
Articles

KEFAHAMAN MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) TERHADAP KONSEP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Ahmad Safwan Bin Yunos
1 Pensyarah Usuluddin, Sekolah Penggajian Islam, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
Muhammad Akif Shakir Bin Abdul Shukor
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Ishak
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
Dinie Nur Aiman Bin Suwaji
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
Siti Nurizwani Binti Zainuddin
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
Nur Athirah Izzaty Binti Abdullah
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)

Published 2024-12-28

Keywords

  • Islam, Ahli Sunah Waljamaah, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, KUIJSI

How to Cite

Ahmad Safwan Bin Yunos, Muhammad Akif Shakir Bin Abdul Shukor, Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Ishak, Dinie Nur Aiman Bin Suwaji, Siti Nurizwani Binti Zainuddin, & Nur Athirah Izzaty Binti Abdullah. (2024). KEFAHAMAN MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) TERHADAP KONSEP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 5(1), 25–36. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/908

Abstract

Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah lama bertapak di Malaysia secara umum dan di Johor
secara khusus selari dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu. Namun, kefahaman
masyarakat terhadap konsep Ahli Sunah Wal Jamaah masih belum berada pada tahap
memuaskan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) terhadap konsep Ahli Sunah Wal
Jamaah, Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 293 responden di
KUIJSI, berdasarkan teknik prosedur persampelan rawak mudah, Hasil kajian mendapati tahap
pengetahuan pelajar KUIJSI terhadap konsep Ahli Sunah Wal Jamaah berada pada tahap
sederhana kerana kebanyakan jawapan betul yang diberikan bagi item-item yang ditanya
adalah antara 50% ke 70%. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kesedaran kepada pelajar
KUIJSI tentang kepentingan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah. Usaha dan langkah proaktif
perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada pihak berautoriti di peringkat KUIJSI secara
khusus dan peringkat negeri Johor serta kebangsaan secara amnya, di samping badan-badan
bukan kerajaan agar kekurangan kefahaman terhadap konsep Ahli Sunah Wal Jamaah dapat
diatasi. Langkah pengukuhan terbaik adalah melalui pendidikan di peringkat sekolah rendah
dan menengah, di samping ceramah di surau dan masjid.

Kata kunci: Islam, Ahli Sunah Waljamaah, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim,
KUIJSI