Published 2024-06-29
Keywords
- Dakwah, OKU (Orang Kelainan Upaya), TikTok
How to Cite
Copyright (c) 2024 MSRC
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Pada era globalisasi ini, aplikasi TikTok merupakan salah satu platform dalam dunia hiburan yang
muncul sebagai aplikasi paling pesat berkembang sejak kebelakangan ini dengan peningkatan pengguna
dari saban tahun, tidak kira golongan muda mahupun tua. Aplikasi TikTok menawarkan penciptaan dan
perkongsian video yang ringkas dan pantas untuk berhubung dengan pelbagai latar belakang
masyarakat. Walaupun aplikasi ini menjadi kontroversi di sesetengah negara dengan pengharaman dan
ancaman dari pelbagai pihak, namun ianya tidak menghentikan pertumbuhan penggunanya dalam
kalangan pengguna normal mahupun pengguna OKU. Tajuk kajian ini adalah berkaitan dengan
“Dakwah Terhadap Golongan OKU Melalui Aplikasi TikTok”. Oleh yang demikian, objektif kajian
adalah untuk mengkaji sejauh mana aplikasi TikTok mampu dijadikan medium untuk menyampaikan
dakwah dalam kalangan OKU, serta mengkaji isu atau tema yang dibahaskan dalam konteks dakwah
sekali gus mengetahui kaedah penyampaian yang digunakan kepada golongan OKU. Metode kajian
yang digunakan untuk menyiapkan kajian ini adalah dengan kaedah penelitian bagi pengguna aplikasi
TikTok antara da’i(pendakwah) terhadap mad’u(sasaran dakwah) dan kaedah perpustakaan berkaitan
sejarah dan latar belakang penubuhan TikTok. Hasil penelitian pengkaji mendapati bahawa tema atau
isu yang sering dibincangkan adalah berkaitan dengan solat, puasa, haji, haid, mandi wajib, dan juga
kaedah membaca Al-Quran bagi golongan OKU dengan menggunakan kaedah bahasa isyarat, ini
menjadikan aplikasi TikTok berpotensi sebagai medium bagi menjalankan usaha-usaha dakwah dalam
kalangan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai pengguna TikTok untuk samasama menyebarkan dakwah melalui aplikasi TikTok.
Kata Kunci: Dakwah, OKU (Orang Kelainan Upaya), TikTok