Published 2024-12-27
Keywords
- kaedah, konvensional, mazhab Syafi’i, pembangunan modal insan, usul
How to Cite
Copyright (c) 2023 MSRC
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Penciptaan insan merupakan modal utama yang sangat berharga untuk mentadbir alam ini
bahkan dengan teknologi yang paling canggih pun tidak dapat digerakkan apabila insan yang
ada tidak berkualiti dan tidak memiliki kuantiti yang seimbang. Modal insan mestilah memiliki
kerja sama yang baik dalam persekitaran kerjanya kerana ia adalah aset utama dalam pelbagai
aktiviti suatu organisasi dan negara. Jelas bahawa pembangunan modal insan perlulah diberikan
perhatian serius dalam berbagai aspek negara. Namun demikian, dalam pandangan
konvensional yang banyak digegas oleh negara-negara maju, pembangunan modal insan
difokuskan kepada dua aspek sahaja iaitu pembangunan fizikal dan harta benda. Mengangkat
kepentingan tersebut, kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek utama dalam membangun
modal insan menurut usul dan kaedah mazhab Syafi’i beserta peranannya dalam
membangunkan ekonomi sesebuah negara. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan
analisis tulisan sebagai kaedah menganalisis data yang diperoleh melalui sumber-sumber
kepustakaan. Hasil analisis mendapati bahawa Mazhab Syafi’i memiliki pandangan yang
berbeza dari teori konvensional di mana pembangunan modal insan lebih ditekankan kepada
aspek fizikal dan harta.
Kata Kunci: kaedah, konvensional, mazhab Syafi’i, pembangunan modal insan, usul.