TEORI TAKHSIS IMAM FAKHRUDDIN AR-RAZI ASY-SYAFI’I DALAM KITAB AL-MAHSHUL DAN PENERAPANNYA DALAM MENAFSIRKAN AYAT-AYAT ALQUR’AN TENTANG PERKAHWINAN BERBEZA AGAMA
Published 2024-12-27
Keywords
- takhsis, perkahwinan berbeza agama, perempuan ahli kitab
How to Cite
Copyright (c) 2023 MSRC
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Takhsis ialah mengeluarkan sebahagian daripada apa yang tergolong dalam suatu khitab
(pembicaraan). Dalam menafsirkan ayat al-Qur’an, teori takhsis digunakan untuk membataskan
nas-nas al-Qur’an yang memiliki makna umum kepada isu yang lebih spesifik dan tertentu.
Secara umum, takhsis dibahagikan kepada dua: (1) Muttasil, di mana dalil mukhassis
bersambung dengan khitab (pembicaraan) yang di-takhsis. Dan (2) Munfasil, dimana dalil
mukhassis-nya berasingan daripada khitab yang ditakhsis. Imam Fakhruddin ar-Razi
menyatakan bahawa salah satu bentuk takhsis munfasil ialah dengan mentakhsis dalil yang
qath'i (pasti) dengan dalil lain yang juga qath'i, contohnya takhsis al-Quran dengan al-Quran.
Contoh implementasi teori takhsis oleh Imam Fakhruddin ar-Razi dapat dilihat dalam
menafsirkan ayat-ayat tentang perkahwinan berbeza agama. Ayat 221 dari Surah al-Baqarah
melarang perkahwinan laki-laki Muslim dengan perempuan musyrik, dan sebaliknya. Imam
Fakhruddin ar-Razi mengkategorikan musyrik dalam ayat tersebut mencakup perempuan dan
laki-laki ahli kitab. Namun, ia menerapkan takhsis dengan merujuk pada ayat 5 dari Surah alMa’idah, yang mengkhususkan makna ayat melibatkan ahli kitab. Oleh karena itu, seorang
Muslim diperbolehkan menikahi perempuan ahli kitab, tetapi sebaliknya tetap dilarang. Ini
merupakan contoh bagaimana Imam Fakhruddin ar-Razi menerapkan teori takhsis dalam
menafsirkan ayat-ayat tentang perkahwinan berbeza agama.
Kata kunci: takhsis, perkahwinan berbeza agama, perempuan ahli kitab