PELAKSANAAN DAKWAH DALAM MEMBANGUNKAN PROGRAM PEMULIHAN KEROHANIAN DAN AKHLAK: PENDEKATAN DISEBALIK TIRAI BESI
Published 2023-12-05
Keywords
- Dakwah berasaskan Teknologi Digital; Pendekatan Dakwah; Program Pemulihan Kerohanian dan Akhlak
How to Cite
Copyright (c) 2023 MSRC
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Kemunculan teknologi pintar telah mengubah rutin
kehidupan harian manusia dengan hanya satu sentuhan.
Perkembangan pesat teknologi digital membolehkan
industri menghasilkan pendigitalan manuskrip dan ini dapat
meluaskan penerbitan Dakwah agar penyebarannya lebih
cepat dan berkesan. Dakwah dalam berbagai bentuk telah
menzahirkan imej Islam sebagai agama universal dan
penyebarannya telah banyak diusahakan tanpa mengenal
penat dan lelah dari para pendakwah itu sendiri. Bertitik
tolak daripada itu, program pemulihan kerohanian dan
akhlak telah disediakan dalam bentuk penyusunan silibus
bagi tujuan membimbing penghuni institut penjara agar
kembali semula ke jalan yang diredai Allah Taala dan
memulakan kehidupan baru di bawah bimbingan ajaran
Islam yang sempurna serta mengikut Sunnah Nabi
Muhammad Ṣallallahu ‘Alaihi Wasallam, juga seharusnya
dibangunkan melalui teknologi digital. Justeru itu, artikel
ini akan meninjau bentuk pemulihan kerohanian dan akhlak
serta cadangan kaedah digitalisasi Dakwah yang bersesuaian untuk diaplikasikan di institusi-institusi pemulihan sebagai satu pendekatan baru sesuai dengan
kemajuan teknologi digital hari ini. Kajian ini berbentuk
kualitatif dengan menggunakan metode penelitian melalui
sorotan karya literatur. Hasil kajian ini mendapati bahawa
kepentingan sokongan sosial melalui khidmat dakwah
secara kreatif dengan pengisian elemen Tazkiyah al-Nafs,
al-Tawbah, Halaqah, hiburan Islam dan latihan vokasional
dan pendidikan dalam pemulihan terbukti berkesan dan
sebagai usaha untuk mempertingkatkan kualiti kerohanian
penghuni sebagai generasi tirai besi yang beriman dan
bertakwa serta berketerampilan menurut acuan al-Quran
dan Sunnah.