Vol. 3 No. 1 (2023): Al-Shafi'i: Vol 3, Jan - June 2023
Articles

KESETARAAN GENDER DALAM BINGKAI WASATHIYAH ISLAM DARI PERSPEKTIF Al-QUR’AN

Muhamad Zainul Abidin
Institut Agama Islam Tasikmalaya, Indonesia

Published 2023-12-05

Keywords

  • gender, feminisme, kesetaraan, wasathiyah

How to Cite

Muhamad Zainul Abidin. (2023). KESETARAAN GENDER DALAM BINGKAI WASATHIYAH ISLAM DARI PERSPEKTIF Al-QUR’AN. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 3(1), 46–68. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/746

Abstract

Kesetaraan gender merupakan salah satu agenda utama gerakan
feminisme. Sejak masuknya wacana ini ke dunia Islam, ia ikut mewarnai
perspektif para pemikir Islam terkait masalah gender. Sehingga hal
tersebut menimbulkan pro-kontra di kalangan para ulama. Penyokong
wacana ini berpandangan bahawa Islam yang datang pada masa Nabi itu
memiliki kesamaan dengan konsep kesetaraan yang dibawa feminisme.
Bahkan, aturan yang berlandaskan keadilan yang dibawa Islam itu,
mengandung semangat kesetaraan. Akhirnya banyak dari teks-teks
hukum dan ayat-ayat yang telah mengatur hubungan antara pria dan
wanita dalam Islam dikaji ulang, dibongkar, dan diubah agar sesuai
dengan perspektif kesetaraan gender. Permasalahannya, konsep
kesetaraan banyak yang tidak sejalan bahkan bertentangan dengan
konsep
wasathiyah Islam yang di dalamnya mengandungi prinsip
keadilan, keseimbang, dan meringankan. Pertama, point utama. Yang
menjadi point utama dalam kesetaraan gender adalah persamaan
kuantitas yang mesti diperolehi, sehingga mengabaikan perbezaan antara
lelaki dan perempuan. Sementara dalam
wasathiyah Islam terpenuhinya
keperluan setiap individu yang sesuai dengan karakteristik dan kapasiti
masing-masing. Kedua, hala tujunya. Kesetaraan berupaya menuntut
persamaan dan kebebasan. Sementara
wasathiyah Islam berusaha
menyeimbangkan peran antara lelaki dan perempuan, sehingga lelaki dan
perempuan dapat menjalankan perannya secara harmoni sebagai khalifah
dengan sangat baik. Ketiga, pandangan terhadap perempuan. Feminisme
memandang lelaki dan perempuan merupakan dua entitas yang berbeza.
Sementara
wasathiyah Islam memandang lelaki dan perempuan adalah
kesatuan yang berpasangan dan saling menyempurnakan. Atas dasar
itulah, maka konsep kesetaraan tidak dapat disamakan dengan konsep
wasathiyah Islam.