Published 2022-06-30
Keywords
- zakat harta, keluarga, zakat tanggungan, hawl dan nisab
How to Cite
Copyright (c) 2022 MSRC
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Zakat harta ahli keluarga dan tanggungan wajib dilaksanakan oleh
ketua keluarga sekiranya mereka telah lulus syarat menunaikan zakat
harta mengikut fiqh islami iaitu hawl dan niṣāb. Dalam hal ini, ketua
keluarga berperanan besar dalam memastikan tadbir urus harta ahli
keluarga dengan melaksakan ibadah zakat harta ahli keluarga. Namun
begitu, zakat harta ahli keluarga tidak pernah disenaraikan dalam
semua pusat dan institusi zakat di Malaysia memandangkan zakat harta
ini bukan dari jenis zakat yang lima. Zakat harta ahli keluarga adalah
terma yang baharu yang digunakan sempena kempen bagi menarik
para ketua keluarga untuk membayar zakat harta ahli keluarga mereka
yang sudah mencukupi syarat yang ditetapkan dalam garis panduan
yang ditetapkan. Implikasinya, garis panduan zakat dalam bentuk ini
tidak popular dan tidak diberi perhatian oleh pengeluar serta pengutip
zakat di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk memberi
pendedahan dan pengetahuan kepada para ketua keluarga mengenai
syarat-syarat pelaksanaan zakat harta keluarga menurut fiqh islami.
Untuk mencapai objektif tersebut kaedah analisis kandungan rujukan
turath telah dijalankan seperti kitab fiqh bermazhab al- Shafici dan
pelbagai penulisan ilmiah berkaitan zakat harta ahli keluarga dan
tanggungan.. Kesan yang baik yang diperoleh daripada pelaksanaan
zakat harta keluarga adalah dapat melahirkan individu yang memberi
impak dari sekecil-kecil perkara seperti bersikap pemurah dan bersih
jiwa, malah kepada ahli keluarga serta masyarakat sehingga dapat
memberi kesan besar yang positif terhadap negara.