Vol. 1 (2022): Al-Shafi'i: Vol 1, January - June 2022
Articles

Peranan Jabatan Mufti Kerajaan Dalam Memelihara Syiar Islam Di Negara Brunei Darussalam

Muhammad Akmal bin Awang Tarif
Mazhab Syafi’i, Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Cecep Soleh Kurniawan
Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Published 2023-06-06

Keywords

  • Jabatan Mufti Kerajaan - Syiar Islam - Brunei Darussalam

How to Cite

Muhammad Akmal bin Awang Tarif, & Cecep Soleh Kurniawan. (2023). Peranan Jabatan Mufti Kerajaan Dalam Memelihara Syiar Islam Di Negara Brunei Darussalam . Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 1, 54–81. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/643

Abstract

Sejak tahun 1962, Jabatan Mufti Kerajaan adalah jabatan dan institusi
yang berautoriti dalam bertanggungjawab mengeluarkan hukum dan
fatwa bagi menjawab segala permasalahan yang muncul daripada
masyarakat agar penduduk negara ini dapat menjalani kehidupan
berlandaskan nilai-nilai Islam yang murni. Sejarah membuktikan
bahawa jabatan ini memang berjaya dalam menegakkan hukum Islam
sehingga segala fatwa-fatwa yang dikeluarkan adalah menjadi
sandaran dan rujukan serta menjadi akta undang-undang di negara ini.
Penubuhannya tidak syak lagi adalah merupakan satu mercu tanda
kegemilangan Islam di Negara Brunei Darussalam. Metodologi Kajian
yang digunakan adalah pengumpulan melalui data sekundar iaitu
mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan data tersebut dikumpul
daripada kajian-kajian yang berkaitan sama ada dalam bentuk artikel,
buku, majalah, kertas kerja dan suratkhabar. Pelbagai kemajuan dan
perubahan yang sangat ketara boleh disaksikan dalam memelihara
syiar Islam di negara ini umpamanya seperti fatwa mengenai
pengharaman alat kebesaran diraja yang dikenali sebagai Kuching
Emas, pengharaman babi dan arak untuk dijual.