Vol. 1 (2022): Al-Shafi'i: Vol 1, January - June 2022
Articles

Pengaruh Uṣūl Fiqh Mazhab Syāfi‘Ī Terhadap Ulama Muta’akhkhirīn Mazhab Fiqh Lain Dan Ulama Di Alam Melayu

Mas Reduan Bin Haji Jumat
Pusat Penyelidikan Mazhab Syāfi‘i, Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Ibnor Azli Ibrahim
Pusat Penyelidikan Mazhab Syāfi‘i, Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Published 2023-06-06

Keywords

  • Usul Fiqh, Syāfi‘ī, Ulama Muta’akhkhirīn, Mazhab Fiqh, Alam Melayu.

How to Cite

Mas Reduan Bin Haji Jumat, & Ibnor Azli Ibrahim. (2023). Pengaruh Uṣūl Fiqh Mazhab Syāfi‘Ī Terhadap Ulama Muta’akhkhirīn Mazhab Fiqh Lain Dan Ulama Di Alam Melayu. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 1, 25–53. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/642

Abstract

Imam Syāfi‘ī raiallāhu ‘anhu ialah pengasas ilmu Usul Fiqh. Perkara
ini telah membuka mata para ulama fiqh selepas beliau, lalu mereka
mengikut jejak langkah beliau dalam penyusunan ilmu Usul Fiqh
berdasarkan metodologi mazhab masing-masing. Ini seolah-olah
menunjukkan adanya pengaruh Usul Fiqh Mazhab Syāfi‘ī terhadap
ulama-ulama lain. Justeru objektif kajian ini adalah untuk
membincangkan tentang pengaruh ilmu Usul Fiqh dalam Mazhab
Syāfi‘ī terhadap ulama muta’akhkhirīn mazhab fiqh yang lain;
Mazhab
anafī, Mazhab Mālikī dan Mazhab anbalī, serta
pengaruhnya terhadap ulama di Alam Melayu. Kajian ini merupakan
kajian kualitatif yang menggunakan metodologi kepustakaan dalam
mengumpulkan maklumat daripada kitab-kitab seperti kitab-kitab
Usul Fiqh Mazhab Syāfi‘ī, Mazhab
anafī, Mazhab Mālikī dan
Mazhab
anbalī yang terpilih dan sebagainya. Seterusnya analisa
kandungan kitab-kitab tersebut dijalankan bagi mengeluarkan dapatan
kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kajian ini mendapati
bahawa Usul Fiqh Mazhab Syāfi‘ī mempunyai pengaruh yang
signifikan terhadap penulisan Usul Fiqh mazhab yang lain dan juga
terhadap ulama di Alam Melayu. Usaha ulama di Alam Melayu dalam
bidang Usul Fiqh pula turut memberikan sumbangan yang besar
kepada perkembangan ilmu Usul Fiqh dalam dunia Islam.