Vol. 2 No. 2 (2022): Vol 2 (2022): Al-Shafi'i: Vol 2, July - December 2022
Articles

JENAYAH CURI MENURUT UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG BRUNEI DARUSSALAM DARI PERSPEKTIF MAZHAB SYAFI’I

Norfaezah Saban
Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Published 2022-12-31

Keywords

  • Curi, Undang-undang Brunei Darussalam, Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013, Undang-undang Syariah

How to Cite

Norfaezah Saban. (2022). JENAYAH CURI MENURUT UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG BRUNEI DARUSSALAM DARI PERSPEKTIF MAZHAB SYAFI’I. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 2(2), 45–67. https://doi.org/10.59202/as.v2i2.631

Abstract

Jenayah curi merupakan jenayah yang tidak asing lagi di kalangan
masyarakat Brunei Darussalam. Sejak tertubuhnya undang-undang
Negara Brunei Darussalam, jenayah ini telah termaktub sebagai
jenayah yang perlu dihakimi dan dibendung demi menjaga hak asasi
manusia dan juga maqasid Syariah dari segi undang-undang Syariah.
Namun begitu, terdapatnya perbezaan dari pelbagai aspek bagi jenayah
ini baik dari segi undang-undang Negara Brunei Darussalam dan juga
Undang-undang Syariah itu sendiri. Oleh itu, artikel ini ingin
menerangkan secara terperinci mengenai sejauhmanakah pemakaian
Mazhab Syafi’i dalam undang-undang Syariah Brunei bagi jenayah
curi. Apakah perbezaan yang terdapat dan bagaimanakah
perlaksanaannya di Negara Brunei Darusssalam. Kajian ini adalah
kajian kualitatif dan kepustakaan dengan menyingkap kitab al-Um dan
Kitab-kitab Mazhab Syafi’i yang mu’tabar. Kajian ini juga merujuk
kepada akta Mahkamah Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
2013. Hasil kajian mendapati bahawa terdapatnya beberapa perbezaan
bagi jenayah curi di antara undang-undang Syariah dan juga Undangundang Negara Brunei Darussalam dari pelbagai aspek.