Vol. 1 No. 3 (2018): Ar-Raiq Vol.1, No. 3, December 2018
Articles

Kaitan Zakat dan Penggubalan Wang Haram: Analisis Laporan Bank Dunia, dan Financial Action Task Force (FATF)

Hakimah Yaacob
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Qaisar Ali
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Deena Najiha binti Khairatul Akmar
Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Published 2018-12-31

Keywords

  • Zakat,
  • Penggubalan wang haram,
  • Pembiayaan keganasan,
  • Laporan Bank Dunia,
  • Financial Action Task Force (FATF)

How to Cite

Hakimah Yaacob, Qaisar Ali, & Deena Najiha binti Khairatul Akmar. (2018). Kaitan Zakat dan Penggubalan Wang Haram: Analisis Laporan Bank Dunia, dan Financial Action Task Force (FATF). AR-RĀ’IQ, 1(3), 57–98. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/994

Abstract

Zakat merupakan kewajipan setiap Muslim sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith Nabi SAW. Zakat adalah bertujuan untuk menyucikan dan menyuburkan harta. Walaubaimanapun, akhir ini menyaksikan pelbagai penyalahtafsiran dan penyalahgunaan terhadap maksud suci kutipan zakat. Salah satu daripadanya adalah penggubahan wang haram (money laundering) dan penyalahgunaan wang zakat sebagaimana laporan dari IMF, Bank Dunia serta FATF. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menganalisa laporan kestabilan kewangan terhadap kedudukan zakat yang dikatakan berkait dengan penggubalan wang haram. Kegagalan untuk melaksanakan urus tadbir yang betul akan mengakibatkan ketidak patuhan negara pelapor. Berdasarkan kepada kajian literatur dari Bank Dunia, kertas kajian ini menerangkan dan membincangkan masalah yang bakal mendatang, disalah tafsir dan memudharatkan sesebuah negara Islam yang menjadikan zakat sebagai salah satu sumber pembangunan ummah. Hasil kajian mendapati laporan kestabilan kewangan lebih cenderung untuk mengaitkan zakat dengan penggubalan wang haram. Fokus harus diberikan kepada membetulkan salah faham badan antarabangsa dalam pengurusan wang zakat yang lebih telus dan urus tadbir yang cekap.