PENJAGAAN HIDUPAN LIAR DARIPADA KEPUPUSAN: KAJIAN DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH DAN FATWA SEMASA
Published 2024-06-30
Keywords
- Hidupan liar,
- kepupusan,
- Maqasid Syariah,
- fatwa semasa
How to Cite
Copyright (c) 2024 UNISSA Press

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
membenarkan manusia melakukan aktiviti pemburuan sebagai memenuhi fitrah manusia. Namun, timbul fenomena kepupusan hidupan liar akibat daripada aktiviti pemburuan yang tidak dikawal dan dipantau dengan baik. Larangan dalam bentuk perundangan atau peraturan selayaknya diletakkan di bawah tanggungjawab pihak berautoriti atau pihak kerajaan. Walau bagaimananapun, bentuk dan prosedur larangan yang dikuatkuasakan perlu dikaji dan teliti rapi agar selari dengan kehendak syarak tanpa menggadaikan prinsip Islam yang mengharuskan pemburuan dan mengharuskan memanfaatkan binatang. Kajian ini akan meneliti secara tuntas isu kontemporari berhubung pemburuan hidupan liar yang menjadi perdebatan dalam kalangan cendekiawan mahupun masyarakat. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah kualitatif melalui pengamatan terhadap himpunan isu hidupan yang diperolehi melalui dokumentasi dan temu bual separa struktur. Analisis dokumen dilaksanakan dengan merujuk kepada dimensi Maqasid Syariah yang diutarakan oleh para ulama’ dan perbahasan yang dikemukakan melalui fatwa semasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa satu garis panduan bersifat kondusif dahn komprehensif berasaskan metod Maqasid Syariah perlu diwujudkan bagi merungkai isu kepupusan hidupan liar yang sedang dihadapi. Sekali gus, kajian ini berupaya membuktikan keunggulan ajaran Islam untuk berinteraksi dengan isu semasa merentasi zaman dan lokasi.