Vol. 7 No. 1 (2024): Ar-Raiq Vol.7, No. 1, June 2024
Articles

QIRᾹ’ᾹT IMAM AL-SHᾹFI‘Ī DAN KESANNYA TERHADAP PENAFSIRAN AYAT-AYAT HUKUM: KAJIAN PADA AYAT 282 SURAH AL-BAQARAH

Hajah Siti Jariah @ Hajah Aleya Fatehah Haji Japar
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Cecep Soleh Kurniawan
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Rohana Zakaria
Universiti Islam Selangor

Published 2024-06-29

Keywords

  • Imam al-Shāfi‘ī,,
  • Qirā’āt Ibn Kathīr,
  • Mencatat Hutang

How to Cite

Haji Japar, H. S. J. @ H. A. F. ., Cecep Soleh Kurniawan, & Rohana Zakaria. (2024). QIRᾹ’ᾹT IMAM AL-SHᾹFI‘Ī DAN KESANNYA TERHADAP PENAFSIRAN AYAT-AYAT HUKUM: KAJIAN PADA AYAT 282 SURAH AL-BAQARAH. AR-RĀ’IQ, 7(1), 1–28. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/ar-raiq/article/view/976

Abstract

Imam al-Shāfi‘ī merupakan seorang ilmuan yang bukan sahaja memiliki kepakaran dalam bidang fiqh, uṣūl al-fiqh, ḥadīth dan tafsir, bahkan beliau juga memiliki pengetahuan yang sangat luas dalam bidang qirā’āt. Kepakaran beliau dalam bidang qirā’āt dapat dilihat secara jelas melalui pendapat-pendapat beliau terhadap ayat-ayat hukum. Walau bagaimanapun, setakat yang diketahui belum banyak kajian yang menumpukan penyelidikan terhadap ayat-ayat hukum berdasarkan qirā’āt al-Qur’ān Imam al-Shāfi‘ī. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menyingkap kesan qirā’āt Imam al-Shāfi‘ī terhadap hukum mencatat hutang. Data kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan metod dokumentasi dari kitab-kitab muktabar dalam mazhab al-Shāfi‘ī kemudian diproses menggunakan metode kualitatif mengikut tema-tema khusus berdasarkan ilmu qirā’āt dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun berlaku perbezaan bacaan di antara para imam Qurrā’ dalam ayat berkaitan hukum mencatat hutang, namun ia tidak memberi implikasi kepada hukum yang berbeza. Ini adalah kerana tawjih qirā’āt tersebut menunjukkan kepada maksud yang sama, walaupun diungkapkan dalam uslūb yang berbeza. Kajian turut mendapati bahawa dari aspek pengistinbatan hukum mencatat hutang menurut Mazhab al-Shāfi’ī adalah bertepatan dengan qirā’āt al-Qur’ān yang dipilih oleh Imam al-Shāfiʻī iaitu qirā’āt Ibn Kathīr yang menggalakkan pihak-pihak yang hendak melakukan transaksi secara tidak tunai agar membuat catatan, mengadakan saksi atau barang jaminan.