APLIKASI KAHOOT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS PENGAJIAN ISLAM DI PERINGKAT UNIVERSITI: TINJAUAN AWAL TERHADAP KEBERKESANAN PENGUNAANNYA
Published 2023-12-31
Keywords
- Aplikasi Kahoot,
- Kursus Pengajian Islam,
- keberkesanan,
- pengajian,
- pembelajaran
How to Cite
Copyright (c) 2023 UNISSA Press
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Di dalam era revolusi industri 4.0 sekarang ini, tenaga akademik tidak boleh hanya bergantung kepada penggunaan kertas dan pen sahaja. Mereka wajib berjalan seiring dengan peredaran masa, dan sentiasa mengikut tren pengajaran dan pembelajaran terkini bagi memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran dapat diterima dengan baik dan berkesan oleh generasi cilik komputer zaman ini. Aplikasi Kahoot merupakan aplikasi kuiz melalui laman sesawang, yang mampu menghasilkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih menyeronokkan. Kajian ini mengkaji sejauhmana aplikasi Kahoot berfungsi dalam membantu dan menambah kefahaman mahasiswa mahasiswi terhadap kursus yang mereka pelajari, khususnya di dalam pengajian Islam. Kemampuan atau ketidakmampuan mereka menjawab soalan-soalan kuiz yang diberikan, secara tidak langsung, akan memberikan impak kepada tenaga akademik untuk meningkatkan sistem pengajaran mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Pengkaji mengedarkan borang kaji selidik kepada mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat untuk mendapat maklum balas mengenai kajian. Dua kursus telah dipilih iaitu Al-Adab Al-Arabi Al-Hadith, yang ditawarkan di Fakulti Bahasa Arab, UNISSA dan Islamic History and Civilization, yang ditawarkan di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Islam, UNISSA. Dapatan kajian mendapati bahawa mahasiswa mahasiswi sangat tertarik dengan pengunaan aplikasi ini, dan bersetuju bahawa ianya banyak membantu mereka dalam memahami kursus mereka.