Vol. 5 No. 1 (2022): Ar-Raiq Vol.5, No. 1, June 2022
Articles

Analisa Pendekatan Tarbiyah Sayyid Ahmad bin Idris Al Fasi dan Kesannya dalam Dakwah di Alam Melayu

Published 2022-06-30

Versions

How to Cite

Suria binti Saad, & Ahmad bin Yussuf. (2022). Analisa Pendekatan Tarbiyah Sayyid Ahmad bin Idris Al Fasi dan Kesannya dalam Dakwah di Alam Melayu. AR-RĀ’IQ, 5(1), Page 75–93. https://doi.org/10.59202/riq.v5i1.471

Abstract

Nama Sayyid Ahmad bin Idris al Fasi tidak asing
lagi dalam kalangan masyarakat Islam di Alam Melayu.
Beliau merupakan ulama sufi yang telah menguasai pelbagai
bidang ilmu serta menjadi ulama unggul pada zamannya.
Sayyid Ahmad bin Idris al Fasi telah mengasaskan dakwah
yang telah berkembang luas ke seluruh dunia termasuk di
Tanah Melayu khususnya di Asia Tenggara. Kejayaan
melahirkan jaguh ilmuan dalam kalangan murid-muridnya
menjadikan tarbiyah beliau sesuatu yang berharga untuk
dikaji dengan lebih terperinci. Kajian ini bertujuan
menganalisa pendekatan tarbiyah Sayyid Ahmad bin Idris al
Fasi dan kesannya dalam dakwah di Alam Melayu. Kaedah
deskriptif melalui kajian kepustakaan serta analisis
dokumen digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian
mendapati bahawa tarbiyah Sayyid Ahmad bin Idris al Fasi
telah mencetuskan kerancakan pengajian ilmu Islam serta
kejayaan menghasilkan Muslim Zākir melalui dakwah
secara harmoni dan penuh hikmah. Perbincangan ini diharap
dapat menambah koleksi ilmu berkaitan ketokohan Sayyid
Ahmad bin Idris Al Fasi untuk panduan dan manfaat seluruh
umat.