Published 2022-06-30
How to Cite
Copyright (c) 2022 Ar-Raiq
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Cabaran pada era kontemporari membawa
masyarakat berdepan dengan masalah keruntuhan nilai
kemanusiaan, jenayah yang berleluasa serta
ketidakseimbangan emosi sehingga menimbulkan masalah
kecelaruan jiwa. Realitinya keberagamaan masyarakat Islam
berada pada tahap rendah atas pelbagai faktor antaranya
rendahnya kefahaman agama, terpengaruh dengan budaya
barat dan merasakan kehidupan beragama hanya bagi
mereka yang berusia tua. Nilai-nilai keagamaan yang
semakin rendah serta berlakunya konflik dalam institusi
keluarga mampu menyumbang kepada wujudnya penyakit
sosial masa kini. Krisis kejiwaan dan ketandusan spiritual
manusia di era globalisasi dapat diatasi jika manusia kembali
kepada agama dan mengamalkan ajaran-ajaran agama
Masyarakat perlu mempunyai kemahiran daya tahan dan jati
diri yang kukuh bagi melahirkan insan seimbang dari aspek
dalaman dan luaran. Oleh itu suntikan elemen agama dan
kerohanian menjadi keutamaan sebagai usaha untuk
meningkatkan kesejahteraan diri. Artikel ini menggunakan
metod dokumentasi dengan mengumpulkan data-data
berkaitan nilai tiga prinsip asas agama iaitu Iman, Islam dan
Ihsan sebagai asas fardu ain yang menjadi kewajipan kepada
setiap mukallaf untuk dipelajari, difahami, dihayati serta diamalkan. Artikel ini juga membincangkan 10 ciri amalan
beragama di dalam Surah al-Ahzab ayat 35 sebagai ciri
amalan beragama yang perlu diikuti oleh setiap individu
muslim dalam mengharungi kehidupan seharian. Artikel ini
menyimpulkan terdapat enam elemen utama dalam
menghayati amalan beragama melalui tiga prinsip agama.
Enam elemen ini yang berkait di antara satu sama lain iaitu;
Ilmu; Amalan zahir dan batin; Hubungan dengan Allah dan
manusia; Perintah suruhan dan tegahan; Amalan fardu dan
nawafil dan Istiqomah.