Vol. 3 No. 2 (2020): Ar-Raiq Vol.3, No. 2, December 2020
Articles

Kepentingan Amalan Pengurusan Islam dalam Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam

Published 2020-12-01

How to Cite

Fatin Rabia’tul Adawiyah Mohammed Fareed. (2020). Kepentingan Amalan Pengurusan Islam dalam Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam. AR-RĀ’IQ, 3(2), Page 1–33. https://doi.org/10.59202/riq.v3i2.434

Abstract

Banyak usaha yang telah dijalankan oleh Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam bagi melahirkan kakitangan kerajaan yang berintegriti dan berakhlak, baik dari segi penerapan ajaran agama Islam mahupun dalam penetapan peraturan-peraturan yang dikira relevan. Namun melihat kepada realiti yang berlaku, meskipun pelbagai usaha telah pun dijalankan, isu pelanggaran etika kerja masih sahaja berlaku dalam Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam. Oleh itu, bagi membendung masalah etika kerja ini, kajian ini mengusulkan agar kesemua usaha yang telah dilakukan akan dapat diamalkan secara selari dengan amalan pengurusan Islam, kerana pengurusan Islam merupakan salah satu gaya pengurusan yang dianggap mampu menyelesaikan masalah etika kerja. Kertas konsep ini bertujuan untuk menghuraikan sejarah perkembangan Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam, dengan membincangkan implikasi Sistem Pentadbiran Residen British terhadap Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam, bagi melihat punca berlakunya pelanggaran etika kerja. Seterusnya kajian ini juga akan menghuraikan kepentingan pengurusan Islam dalam Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam serta terakhir untuk mengusulkan kaedah pengurusan Islam yang boleh diaplikasikan dalam Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam. Kertas konsep ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk perpustakaan, dengan menjadikan Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sebagai kajian kes. Dapatan kajian mendapati bahawa amalan pengurusan moden dalam Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam semasa Sistem Pentadbiran Residen British telah menjadi penyebab berlakunya pelanggaran etika kerja. Amalan pengurusan Islam pula dilihat mampu untuk mengatasi masalah ini dengan mengamalkan satu kaedah pengurusan Islam yang dikenal dengan ‘Pendekatan Tauhid dalam Pengurusan’. Kertas konsep ini diharap akan dapat membantu meningkatkan kefahaman pembaca mengenai pengurusan Islam dan keperluannya dalam membangun Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam yang sesuai dengan calak Islam.