Published 2019-12-01
How to Cite
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Pengajian al-Qur’an di Negara Brunei Darussalam telah bermula seiring dengan sejarah perkembangan agama Islam di Brunei. Pengajian al-Qur’an di Brunei pada zaman dulu lebih menekankan hal pengajaran dan pembelajaran pembacaan al-Qur’an dengan mengikuti pelbagai kaedah, di samping mempelajari Aqidah, Tauhid, Tasawwuf, Akhlak dan hukum-hukum syari‘ah. Hampir tidak didapati dari sumber dan rujukan di negara ini menyatakan tentang pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu berkaitan al-Qur’an seperti ilmu Tafsir dan ‘Ulum al-Qur’an. Kalaupun ada, hanya sekadar menyebutkan saja tanpa penerangan lebih lanjut mengenainya seperti cara pengajaran, kitab yang digunakan dan sebagainya. Kajian ini bermatlamat untuk menjelaskan lebih lanjut sejarah dan perkembangan pengajian al-Qur’an dari sejak berkembangnya agama Islam di Brunei hingga kini. Kajian menggunakan kaedah kepustakaan dengan pendekatan historikal bagi membongkar kronologi sejarah pengajian al-Qur’an yang dijalankan di Brunei. Kaedah perbandingan juga digunakan dalam meneliti perkembangan pengajian al-Qur’an pada dua zaman yang berbeza; iaitu zaman pra dan pascamerdeka. Antara dapatan kajian menunjukkan sumbangan yang bukan sedikit para ulama dan pemimpin Brunei dalam perkembangan pengajian al-Qur’an di Brunei.