Vol. 4 No. 1 (2021): Ar-Raiq Vol.4, No. 1, June 2021
Articles

Jenayah Asuhan Seksual: Analisis Seksyen 377g di Dalam Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22

Published 2021-06-01

How to Cite

Zulfa Farahanah binti Haji Mohamad. (2021). Jenayah Asuhan Seksual: Analisis Seksyen 377g di Dalam Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22. AR-RĀ’IQ, 4(1), Page 75–105. https://doi.org/10.59202/riq.v4i1.424

Abstract

Asuhan seksual merupakan satu jenayah yang diperuntukkan di dalam Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 di bawah seksyen 377G. Asuhan seksual bermaksud suatu proses berkawan dan mendekati serta mewujudkan hubungan emosi dengan seorang kanak-kanak secara fizikal (in-person) atau melalui atas talian internet untuk mendapatkan kepercayaan mereka dengan niat untuk mengeksploitasi mereka secara seksual. Dalam erti kata lain, asuhan seksual ialah proses persediaan awal yang dilakukan oleh penjenayah iaitu dengan menjalinkan hubungan bersama seorang kanak-kanak untuk menyenangkan penjenayah tersebut melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak itu suatu hari nanti. Kanak-kanak menjadi sasaran pemangsa jenayah asuhan seksual kerana kanak- kanak merupakan mangsa yang terdedah lebih-lebih lagi dengan zaman teknologi masa kini. Kajian ini mengupas pengertian asuhan seksual secara istilah dan undang-undang. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisa undang-undang yang diperuntukkan di bawah seksyen 377G, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada buku-buku dan merujuk kepada beberapa laman sesawang serta analisis konten dokumen perundangan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Hasil penelitian dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan dan penguat- kuasaan undang-undang berkaitan asuhan seksual adalah bertepatan kerana asuhan seksual merupakan permulaan bagi beberapa jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan ianya sejajar dengan zaman teknologi masa kini. Seterusnya disarankan kepada masyarakat di luar sana agar tidak memandang ringan akan jenayah ini kerana ianya boleh membawa kesan yang sangat negatif terhadap mangsa.