Vol. 4 No. 1 (2021): Ar-Raiq Vol.4, No. 1, June 2021
Articles

Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam Kajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Published 2021-06-01

How to Cite

Haji Mohamad Yunus bin Haji Metusin, & Shahrul Nizam bin Salahuddin. (2021). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam Kajian di Universiti Islam Sultan Sharif Ali. AR-RĀ’IQ, 4(1), Page 35–74. https://doi.org/10.59202/riq.v4i1.423

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam memerlukan persekitaran yang baik dan lengkap untuk menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang. Gabungan teknik pengajaran yang terancang oleh pensyarah yang profesional dan kurikulum yang mantap serta relevan akan memudahkan pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan. Justeru makalah ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar di IPT Islam terhadap persekitaran akademik dalam PdP meliputi elemen kaedah-kaedah dan alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan oleh tenaga pengajar ketika mengajar di IPT Islam Negara Brunei Darussalam. Pendekatan metod kajian kuantitatif dijalankan dengan reka bentuk tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dalam proses pengumpulan data sebelum dianalisis secara deskriptif. Sampel kajian terdiri daripada 323 orang graduan yang telah mengikuti program prasiswazah dalam pelbagai bidang pengajian Islam dan sains sosial yang ditawarkan di UNISSA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar di IPT Islam terhadap persekitaran akademik PdP pada dasarnya berada di tahap yang tinggi dengan skor 3.82 pada kaedah atau teknik, tetapi sederhana dalam pengunaan ABM dengan skor 3.71. Dapatan ini menunjukkan perlunya dilakukan beberapa penambahbaikan khasnya dalam penyediaan alat bantu mengajar yang digunakan serta penguasaan ilmu pedagogi demi menghasilkan proses PdP yang berkesan dan peningkatan kualiti. Justeru kajian ini mencadangkan keterlibatan pihak pengurusan akademik universiti yang komprehensif dalam memastikan penekanan e-pembelajaran dan penggunaan teknologi dalam PdP diberi keutamaan agar sentiasa kompeten dengan perkembangan dunia Pendidikan.