KEHARMONIAN RUMAH TANGGA DALAM KONTEKS ISU SEMASA BERDASARKAN KONSEP KAFĀ’AH MENERUSI MAQASID SYARIAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Published 2023-12-31
Keywords
- kafā’ah,
- maqasid syariah,
- keharmonian rumah tangga,
- perkahwinan,
- konteks semasa
How to Cite
Copyright (c) 2023 UNISSA Press

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Konsep kafa’ah itu diperhatikan dan dilaksanakan ketika mana memasuki fasa pemilihan calon pasangan yang sekufu sebelum perkahwinan demi menerajui institusi kekeluargaan yang mampan sebagaimana perkara ini dipersetujui oleh para fuqaha. Adapun konsep kafa’ah merupakan salah satu cara yang terbaik dalam mencegah kewahaman, percanggahan dan isu-isu yang berbangkit terutama sekali yang membawa kepada fasa perceraian. Adapun jika konsep ini dihubungkait dengan Maqasid Syariah, maka setentunya akan menyentuh kepada Maqasid al-Dharuriyyat al-Khamsah. Adapun sebanyak 4,282 kes telah direkodkan daripada pihak Bahagian Khidmat Nasihat Rumah Tangga (BKNK), Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Negara Brunei Darussalam di sepanjang tahun 2016 sehingga tahun 2021 dan ini menjadi perangkaan yang tertinggi berbanding sebab-sebab kes aduan yang lain. Adapun penggunaan kajian ini adalah kaedah kualitatif yang merangkumi kaedah temu bual daripada pegawai-pegawai BKNK, JHES, KHEU, analisis dokumen-dokumen dan kes-kes aduan fail BKNK, JHES, KHEU dan pengumpulan data-data dan maklumat daripada kajian kepustakaan. Hasil penemuan kajian mendapati bahawa konsep kafa’ah sangat mustahak dan diperlukan dalam pengukuhan institusi kekeluargaan khususnya dalam konteks isu-isu rumah tangga terkini. Jadinya, meningkatkan kesedaran dan menjadikan masyarakat Islam menjadi lebih cakna berkenaan konsep kafa’ah adalah diperlukan agar konflik rumah tangga seperti ketidakharmonian, ketidakserasian dan ketidaksefahaman pasangan suami dan isteri yang mana boleh dibendung. Oleh itu, penerapan Maqasid Syariah terhadap konsep kafa’ah perlu dikembangluas, diperincikan dan diterapkan lagi kepada masyarakat Islam dalam membentuk persefahaman dalam institusi kekeluargaan.