Articles
CABARAN LINGUISTIK DAN BUDAYA KONTEMPORARI DALAM TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA MELAYU: ANALISIS TEKSTUAL LAPANGAN
Published 2022-04-30
Keywords
- Cabaran Terjemahan,
- Gayabahasa,
- Sosio-budaya,
- Analisis Lapangan
How to Cite
Haji Yaakub, M. B., Rahmat, N. R., Muhamad Darussalam Munthe Borneo, & Haji Othman, N. . (2022). CABARAN LINGUISTIK DAN BUDAYA KONTEMPORARI DALAM TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA MELAYU: ANALISIS TEKSTUAL LAPANGAN. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 4(1), 104–116. https://doi.org/10.59202/jall.v4i1.485
Copyright (c) 2022 JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Kajian ini adalah satu percubaan mengenal pasti bentuk-bentuk cabaran semasa yang dihadapi oleh pengguna Terjemahan al-Quran Bahasa Melayu terutamanya dari perspektif perbezaan linguistik dan budaya yang terdapat diantara teks terjemahan dan penggunanya yang membawa kepada kesamaran dan ketidak jelasan. Usaha ini dijayakan dengan menganalisis bentuk gaya bahasa yang telah digunakan dalam terjemahan itu beserta dengan membuat rujukan kepada pesepsi pengguna. Kaedah ini dikenali sebagai analisis tekstual lapangan. Kami menjalankan temu-bual mendalam dengan tujuh orang peserta lapangan yang mewakili pelbagai lapisan dan golongan. Pendekatan ini dapat menerangkan kebenaran hipotesis kajian yang berkaitan dengan wujudnya perbezaan gaya bahasa diantara teks sumber berbanding dengan teks sasaran. Untuk tujuan persempalan, setiap kata yang terdapat dalam ayat [’Isti‘azaṯ] seperti “Kata Sendi Nama (Preposisi) {ba’} dan {Min}” dipilih sebagai model analisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa analisis tekstual lapangan merupakan kaedah yang sesuai untuk mengenal pasti bentuk-bentuk cabaran kontemporari dalam penggunaan terjemahan al-Quran Bahasa Melayu, terutamanya daripada perspektif gaya bahasa dan kebudayaan serta pemikiran pengguna terjemahan. Dapatan kajian juga menjelaskan bahawa hipotesis nol yang harus ditolak oleh pengkaji ialah: "kefahaman tatabahasa Melayu membantu penterjemah menghasilkan keseragaman dalam penterjemahan al-Quran". Ini kerana tiadanya korelasi antara semua maklum balas yang diperolehi daripada lapangan. Dengan ini jelaslah bahawa penggunaan struktur bahasa banyak dipengaruhi oleh kebiasaan persaorangan yang tidak bersifat rasmi. Keadaan ini seterusnya mempengaruhi bentuk budaya dan pemahaman masyarakat bahasa sasaran disamping perbezaan sosiobudaya yang sentiasa berkembang akibat perubahan masa dan ruang persekitaran.