Vol. 4 No. 1 (2022): JALL Vol.4, No. 1, April 2022
Articles

ANALISIS KEPERLUAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR ALIRAN INGGERIS DI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

Published 2022-04-30

Keywords

  • Analisis Keperluan Bahasa Arab,
  • Pelajar Aliran Bahasa Inggeris,
  • Universiti Islam Sultan Sharif Ali

How to Cite

Haji Abdullah, H. R., Haji Ahmad, S. S., & Achmad Yani. (2022). ANALISIS KEPERLUAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR ALIRAN INGGERIS DI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 4(1), 86–103. https://doi.org/10.59202/jall.v4i1.484

Abstract

Semenjak Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) merasmikan bahasa Arab sebagai salah satu Bahasa antarabangsa pada 18 Disember 1973, penggunaan bahasa Arab kian meluas dan dianggap tidak asing lagi di mana-mana tempat. Kursus Bahasa Arab ditawarkan di institusi-institusi pengajian di seluruh dunia mengikut keperluan dan tujuan khas. Begitu juga dengan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang telah menawarkan kursus bahasa Arab sebagai kursus wajib bagi setiap mahasiswa-mahasiswi di UNISSA termasuklah juga bagi pelajar aliran bahasa Inggeris. Unissa sangat menitikberatkan kepentingan mempelajari bahasa Arab apatah lagi mempelajari bahasa Arab itu merupakan sebahagian daripada agama Islam. Namun begitu, apakah sebenarnya keperluan mempelajari Bahasa Arab dalam kalangan pelajar aliran Inggeris di UNISSA? Inilah tujuan kajian ini dilaksanakan iaitu bagi mengenalpasti keperluan mereka mempelajari Bahasa Arab. Kajian ini telah dijalankan ke atas 232 pelajar aliran bahasa Inggeris di Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi Kursus bahasa Arab I. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Hasil dapatan kajian diharapkan akan dapat digunakan untuk menambahbaik kandungan kursus bahasa Arab atau dijadikan panduan bagi merangka satu modul bahasa Arab yang baru dan lebih sesuai untuk pembelajaran kursus bahasa Arab bagi pelajar aliran Inggeris di Universiti Islam Sultan Sharif Ali.