Vol. 1 No. 1 (2019): JALL Vol.1, No. 1, February 2019
Articles

Isu Kosa Kata Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Tahun 9 Sekolah Ugama Arab Menengah Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (Suampripahs), Negara Brunei Darussalam: Cabaran Dan Penyelesaian.

Published 2019-02-28

How to Cite

Siti Sara Haji Ahmad. (2019). Isu Kosa Kata Bahasa Arab Di Kalangan Pelajar Tahun 9 Sekolah Ugama Arab Menengah Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (Suampripahs), Negara Brunei Darussalam: Cabaran Dan Penyelesaian. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 1(1), Page 46–60. https://doi.org/10.59202/jall.v1i1.369

Abstract

Kemahiran dan penguasaan bahasa: mendengar, membaca, menulis dan bertutur sangat bergantung kepada jumlah kosa kata yang dimiliki oleh pelajar. Bahkan hubungan kemahiran bahasa dan kosa kata sangat berkait rapat dalam memastikan keberkesanan pembelajaran bahasa. Fenomena kelemahan pelajar dalam bahasa Arab sering dikaitkan dengan kekurangan kosa kata pelajar. Pelbagai faktor dipercayai penyebab kepada isu kekurangan kosa kata tersebut. Makalah ini bertujuan mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada isu kekurangan kosa kata di kalangan pelajar, cabaran yang dihadapi oleh pelajar dan juga cadangan penyelesaian. Pendekatan kuantitatif adalah pendekatan yang diguna pakai dalam menganalisa jawapan kaji selidik yang disasarkan kepada pelajar tahun 9 Sekolah Ugama Arab Menengah Pengiran Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS), Katok, Brunei Darussalam. Makalah ini juga pada waktu yang sama turut menganalisa jawapan dalam latihan yang diberikan. Dapatan kajian mendapati bahawa isu kekurangan kosa kata dianggap isu yang cukup serius yang perlu ditangani segera. Faktor-faktor yang dikenalpasti yang menyumbang kepada isu kekurangan tersebut dipercayai dapat membantu dalam menangani cabaran dan masalah yang timbul daripada isu kekurangan kosa kata di kalangan pelajar dan ianya sekaligus dapat membantu mempertingkatkan penguasaan dan kemahiran pelajar dalam bahasa Arab.