Vol. 1 No. 2 (2019): JALL Vol.1, No. 2, November 2019
Articles

Modul Cerita Nahu (Mcn) Bahasa Arab: Kajian Keberkesanan Kaedah I’rab Mudah, 5 Soalan Scan

Published 2019-11-30

How to Cite

Fairuz bin Mohamad, Mohd Sollah b. Mohamed, & Haji Mohammad bin Seman. (2019). Modul Cerita Nahu (Mcn) Bahasa Arab: Kajian Keberkesanan Kaedah I’rab Mudah, 5 Soalan Scan. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 1(2), Page 119–133. https://doi.org/10.59202/jall.v1i2.365

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian dan keberkesanan Kaedah I’rab Mudah 5 Soalan Scan (5SS) dalam Modul Cerita Nahu (MCN) sebagai satu pendekatan pembelajaran nahu dan i’rab dalam kalangan pelajar peringkat menengah atas. Kajian ini menggunakan rekabentuk eksperimen satu kumpulan jenis ujian pra dan pos. Ia mengaplikasikan Teori Konstruktivisme. Sampel kajian adalah seramai 61 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Selangor (SAMHL). Kajian ini menggunakan metodologi campuran iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan serta mengaplikasikan pendekatan kuantatif dan kualitatif. Dapatan analisis menunjukkan bahawa masalah utama pelajar dalam nahu adalah berpunca daripada kekeliruan menghubungkaitkan antara tajuk tajuk nahu yang dipelajari secara berasingan. Penggunaan kaedah 5SS yang diperkenalkan dalam MCN terbukti berkesan dengan tepat untuk menyelesaikan masalah tersebut di mana penurunan ketara pelajar gagal ujian pra (13.11%) kepada (0.00%) ujian pos. Begitu juga peningkatan bilangan pelajar yang mendapat A- ke atas meningkat dari (6 orang) pada ujian pra kepada (54 orang) pada ujian pos. Peningkatan ini juga disokong oleh data - data melalui instrumen lain seperti tinjauan dan temu bual. Kaedah i’rab 5SS dalam (MCN) terbukti sesuai dan berkesan untuk pelajar di peringkat sekolah menengah atas. Semoga hasil daripada kajian bersignifikan ini dapat membantu pelajar, guru, pensyarah dan Kementerian Pelajar Malaysia dalam usaha menarik minat pelajar untuk menguasainya dengan lebih berkesan.