Vol. 1 No. 2 (2019): JALL Vol.1, No. 2, November 2019
Articles

Strategi Penghayatan Budaya Untuk Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab

Published 2019-11-30

How to Cite

Ahmad Fared Mohd Din, & Hj. Mohammad Seman. (2019). Strategi Penghayatan Budaya Untuk Meningkatkan Kemahiran Bertutur Bahasa Arab. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 1(2), Page 106–118. https://doi.org/10.59202/jall.v1i2.364

Abstract

Salah satu kemahiran bahasa yang paling sukar untuk dikuasai ialah kemahiran bertutur. Namun begitu, kajian emperikal telah membuktikan bahawa penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) merupakan salah satu senjata yang berkesan untuk mengatasai masalah tersebut. Apabila kemahiran bertutur bahasa Arab dilihat sebagai suatu kemahiran bahasa yang paling sukar untuk dikuasai, maka penggunaan SPB yang sesuai harus dijanakan semaksima mungkin. Di antara aspek yang masih belum diterokai dengan lebih mendalam sebagai sebuah strategi pembelajaran bahasa untuk meningkatkan kemahiran bertutur ialah aspek penghayatan budaya. Kajian terdahulu hanya menyentuh mengenai kesan pembelajaran bahasa berasaskan pendekatan budaya, menyiasat sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa berasaskan budaya, mengenal pasti minat pelajar terhadap elemen budaya dan kesan bahan pembelajaran bahasa berasaskan budaya ke atas peningkatan linguistik pelajar. Namun begitu, kajian untuk meneroka aspek penghayatan budaya Arab sebagai satu strategi pembelajaran bahasa masih lagi belum dijalankan. Justeru, kertas ini bertujuan untuk (a) memerihalkan satu kajian awal untuk meneroka strategi baharu dalam menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab yang dinamakan Strategi Penghayatan Budaya Arab (SPBA) dan; (b) mencadangkan beberapa strategi yang boleh dipraktikkan oleh pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab. Hasil penelitian mendapati bahawa strategi penghayatan budaya Arab dilihat mampu menyumbang ke arah peningkatan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab melalui 3 aspek iaitu; (1) peningkatan motivasi, (2) ketepatan dan kefasihan sebutan ( segmental dan supra segmental ) dan; (3) penggunaan bahasa berdasarkan aspek sosiobudaya. Selain itu, terdapat 19 item SPBA yang boleh dipraktikkan oleh pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Arab. Kajian ini dilihat penting bagi membuka dimensi baharu dalam penggunaan strategi pembelajaran dalam menjadikan penguasaan kemahiran bertutur bahasa Arab lebih mudah, lebih menarik, lebih efektif, lebih menyeronokkan dan lebih bersifat realistik.