Vol. 2 No. 1 (2020): JALL Vol.2, No. 1, February 2020
Articles

Terjemahan Kata Kerja [امسحوا ] dalam Dialog Naratif al-Quran: Satu Penganalisaan dari Perspektif Mukjizat al-Quran

Published 2020-02-29

How to Cite

Muhamadul Bakir Hj Yaakub. (2020). Terjemahan Kata Kerja [امسحوا ] dalam Dialog Naratif al-Quran: Satu Penganalisaan dari Perspektif Mukjizat al-Quran. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 2(1), Page 127–142. https://doi.org/10.59202/jall.v2i1.356

Abstract

Terjemahan merupakan satu wahana komunikasi manusia yang bersifat sistematik dalam proses pemindahan makna dan ilmu pengetahuan. Ini menjadikan penterjemahan al-Quran daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu contohnya, perlukan aspek-aspek sistematik itu bagi menjayakan proses tersebut. Tanpa nilai ini akan membawa ke arah penyimpangan daripada maksud asal yang disampaikan oleh al-Quran serta mengakibatkan nilai mukjizat kenabian Rasulullah (saw) tidak menyerlah. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada nilai sistematika terjemahan kata kerja suruhan [ امسحوا ] yang tersurat dalam surah al-Muzzammil. Kerangka teori terjemahan semantik dan komunikatif yang pernah digunapakai oleh Newmark dijadikan landasan sebagai satu pendekatan dedektif. Berdasarkan penganalisaan data kontekstual bagi kata kerja suruh ini, dapatan kajian menerangkan bahawa terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu cenderung menggunakan pendekatan latar yang mudah lagi umum. Ianya dilakukan dengan memilih kata gandingan terdekat yang terdapat dalam bahasa sumber. Dengan menggunakan pendekatan perbandingan dan penganalisaan komponen-komponen semantik, kajian ini berjaya menemukan nilai-nilai tambah yang boleh digunapakai sebagai dapatan kajian yang berkaitan dengan kesan terjemahan ke atas kefahaman para pengguna tatacara mengambil wudhu