Published 2020-11-30
How to Cite
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Penterjemahan bermesin yang juga dikenali sebagai e-translasi atau e-terjemahan adalah bermaksud pemindahan teks daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dengan menggunakan perantaraan mesin perisian komputer. Dengan kata lain, ia merujuk kepada mesin terjemahan bahasa berasaskan internet seperti enjen carian Google (www.google.com). Dengan kepesatan kemajuan teknologi maklumat, kini muncul pelbagai bentuk perisian terjemahan berkomputer di pasaran. Ia menjadikan aktiviti terjemahan terbuka kepada semua, sama ada berkemahiran atau pun tidak. Bahkan ia tersebar dengan meluas dalam kalangan masyarakat umum, menjangkaui lapisan dan bidang kerjaya, seperti pelajar, guru dan juga para pegawai. Kebanyakan mereka cenderung menggunakan perkhidmatan ini untuk memenuhi pelbagai keperluan, serta percuma dan mudah dicapai. Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan kajian ini terdapat pelbagai bentuk kesilapan terjemahan terutamanya dari aspek semantik dan juga pragmatik. Hal ini perlu dianalisis supaya sumber kelemahan itu dapat dikenal pasti untuk diatasi, dan seterusnya membantu pengguna menggunakannya secara berkesan. Penganalisaan pula menggunakan sampel kajian mudah (yang terpilih lagi sistematik) untuk tujuan penjenisan makna, menilai ketepatan atau kesesuaian dan seterusnya perbandingan penunjuk makna.