Published 2020-11-30
How to Cite
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Polisemi merupakan salah satu perbahasan penting dalam kajian semantik bahasa Arab khususnya berkaitan dengan al-Quran al-Karim. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan elemen ini dalam kitab suci ini dengan memberi penekanan kepada mesej penggunaannya. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dan diskriptif melalui penelitian terhadap sumber-sumber yang tuntas berkaitan linguistik al-Quran dan membuat analisis terhadap beberapa perkataan polisemi dalam al-Quran al-Karim serta memperhalusi pandangan para sarjana mengenainya secara kritis. Hasil kajian mendapati elemen polisemi memang wujud dalam bahasa Arab secara amnya dan al-Quran al-Karim secara khasnya kerana ia merupakan realiti bahasa yang tidak boleh ditolak. Malah penggunaannya dalam al-Quran al-Karim mempunyai bentuk-bentuk tertentu dan mesejnya adalah untuk menunjukkan kesepaduan antara makna-makna sesuatu perkataan sebagai satu rangkaian dan pertautan yang tidak harus dipisahkan untuk mencapai hakikat dan kesempurnaan sesuatu perkara atau perbuatan.