Iltifat Makna Leksikologi Al-insan Dan Al-nafs Dalam Surah Al-Fajr Dan Implikasinya Terhadap Laras Wacana Qurani
Published 2021-11-30
How to Cite
Copyright (c) 2022 JALL
This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Al-Quran merupakan bacaan keramat yang menjadi medium interaksi harian seorang hamba dengan Penciptanya. Bahasa Arab sebagai médium pilihan Allah sebagai bahasa kitab yang sempurna ini, menyerlahkan banyak lagi kemukjizatan yang tiada tolok bandingnya dalam pelbagai sudut dan aspek kehidupan manusiawi antaranya aspek komunikasi. Penurunan al- Quran kepada Nabi Muhammad s.aw menjadi mukjizat agung antaranya juga bagi mendepani kekufuran masyarakat Arab Quraisy dalam visi membawa mereka kembali ke jalan tauhid. Golongan penerima dari kalangan mereka menyambut visi tersebut dengan baik manakala golongan penentang pula mengatakan Al-Quran ialah sebuah karya besar yang digarap oleh tangan seseorang seperti penyair, ahli sihir dan pendeta yang mana ketiga-ketiganya merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w. Dakwaan ini hakikatnya merupakan isyarat bahawa masyarakat Arab Quraisy ketika itu merasakan adanya keunikan yang terdapat dalam bahasa Al-Quran yang melampaui gaya bahasa lumrah yang digunakan dalam percakapan mereka sehari-hari dan mengatasi puncak keindahan gaya bahasa syair yang telah mereka warisi sejak turun temurun. Kekuatan wacana qurani yang berunsurkan ketinggian nilai retorik antaranya terbukti memberi kesima dan tamparan yang hebat kepada mereka sehingga membuatkan mereka akhirnya akur dan tunduk. Kajian ini bertujuan untuk menyoroti salah satu elemen retorik bahasa di bawah cabang ilmu semantik iaitu konsep ‘pengalihan’ atau dikenali sebagai ‘Iltifaat’dalam bahasa Arab. Penelitian dalam kajian ini memberi tumpuan terhadap pengalihan kata dari sudut leksikologi kemudian pengaruh gendernya terhadap laras wacana al-Quran al-Karim untuk menyingkap rahsia makna di balik penggunaan dua kata bersinonim secara bergantian dalam sebuah alur pembicaraan. Interpretasi dapatan juga dikuatkan dengan merujuk kepada tafsiran ahli-ahli yang berautoriti dalam kajian makna al-Quran.