Articles
KEANEKAAN BENTUK TERJEMAHAN KATA SENDI NAMA (من) KE DALAM BAHASA MELAYU: ANALISIS TERJEMAHAN SURAT YASSIN DALAM MUSHAF BRUNEI DARUSSALAM

Published 2025-04-20
Keywords
- Keanekaan,
- Terjemahan Preposisi (من),
- fungsi,
- leksikal
How to Cite
Muhammad Darussalam Munthe Borneo, & Muhamadul Bakir Haji Yaakub. (2025). KEANEKAAN BENTUK TERJEMAHAN KATA SENDI NAMA (من) KE DALAM BAHASA MELAYU: ANALISIS TERJEMAHAN SURAT YASSIN DALAM MUSHAF BRUNEI DARUSSALAM. JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature, 5(1), 36–49. https://doi.org/10.59202/jall.v5i1.1033
Copyright (c) 2025 JALL | Journal of Arabic Linguistics and Literature

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Kajian ini membincangkan keanekaan ataupun keberagaman dalam menterjemahkan Huruf Jar (
من
) dan fungsinya ke dalam Bahasa Melayu. Diantara perkara yang telah disepakati oleh ahli-ahli bahasa, keadaan ini adalah disebabkan oleh sifat bahasa manusia itu sendiri, yang berbeza antara satu bahasa dengan yang lain, kerana masing-masing dipengaruhi oleh keadaan masyarakat yang menuturkannya dan persekitaran tempat mereka tinggal. Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggap isu perbezaan, keistimewaan dan kepelbagaian antara bahasa-bahasa manusia adalah satu nilai penting bagi warisan manusia. Oleh itu, Setiap bahasa memiliki kebijaksanaan budaya dengan keunikan yang tersendiri. Dapatan kajian ini menunjukkan bahwa setiap partikel dari preposisi arab dan melayu mempunyai mempunyai fungsi yang berlainan dan tidak boleh diterjemahkan secara leksikal, malahan hendaklah melihat kepada struktur dan susunan ayat, dan juga aspek semantik dalam konteks yang sesuai. Kajian ini juga menemui beberapa aspek dan panduan terjemahan yang boleh digunakan khususnya kepada penterjemah dalam menterjemah preposisi Arab kepada bahasa melayu.