
EMPAT PELAJAR FPPI RAIH KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA KEBANGSAAN 1448H/2026M
1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

25 September 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Open Maktabah yang diadakan selama dua hari berturut-turut, bermula pada
Istanbul, Turkiye –
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini telah menghantar seorang pelajarnya menyertai Global Change Summit (GCS) 2025. Mewakili Negara Brunei Darussalam amnya dan UNISSA khasnya ke pentas dunia tersebut ialah Awang Ahmad Danieel bin Abdul Haniff, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali Sesi 2025/2026.
Program anjuran Organization for Global Policy & Dialogue (OGPD) ini telah berjaya menghimpunkan 50 para pemimpin muda dari 34 buah negara di seluruh dunia dengan memberi tumpuan kepada memperkasakan pemimpin baru dan memajukan pembangunan lestari melalui kerjasama antara budaya.
Diadakan di bandar bersejarah dan strategik penting Istanbul, yang menghubungkan Eropah dan Asia dari 12–15 Disember, acara ini menumpukan pada penyusunan strategi yang boleh dilaksanakan untuk isu-isu penting seperti tindakan iklim, pembangunan lestari, dan pembinaan keamanan antarabangsa.

Program selama empat hari ini menampilkan bengkel intensif, forum kepimpinan, dan dialog dasar. Para peserta, termasuk pelajar, aktivis, dan profesional, terlibat dalam perbincangan berfokuskan penyelesaian yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). Peranan Turkiye sebagai tuan rumah menekankan pengaruhnya yang semakin meningkat sebagai pusat wacana antarabangsa yang bermakna dan kerjasama antara budaya.

Di antara pengisian yang menjadi sorotan utama pada program ini ialah Master Class yang menumpukan pada cabaran kritikal “Disinformation in the Digital Age: How AI Shapes Peace, Governance, and Public Trust”. Pada sesi ini juga, para peserta turut didedahkan mengenai analisis bagaimana kecerdasan buatan mengubah kewartawanan dan memberi kesan kepada kepercayaan global serta struktur tadbir urus. Selain Disinformation in the Digital Age: How AI Shapes Peace, Governance, and Public Trust, modul lain termasuklah The Importance of a Human Rights Lens in Goal Setting dan Policymaking and Advocacy: From Problem to Policy to People’s Voice. Dalam sesi ini, pelajar UNISSA telah berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi The Policy and Advocacy Pitch Competition. Penganugerahan ini berdasarkan dengan penyampaian, pembentangan advokasi yang memberi impak kepada global atas permasalahan global yang dibangkitkan sendiri oleh peserta beserta solusi yang efisien selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan. Ianya juga menekankan kepentingan polisi yang bersifat people-centred, realistik dan berimpak tinggi, selari dengan keperluan global.

Secara amnya, GCS 2025 berjaya meningkatkan literasi dasar dan hak asasi manusia dalam kalangan peserta, memperkasa kemahiran advokasi, pemikiran kritis dan kepimpinan global, menggalakkan dialog rentas budaya dan kerjasama antarabangsa, melahirkan belia yang bersedia menjadi agen perubahan dalam komuniti masing-masing. Pencapaian ini secara tidak langsung juga turut menyumbang kepada usaha menuju Wawasan Brunei 2035 iaitu Rakyat yang Berpendidikan, Berkemahiran Tinggi dan Berjaya.