
KURSUS LITERASI MAKLUMAT ISLAM PERKASA KEMAHIRAN PENGURUSAN ILMU
BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis penutup bagi Kursus Literasi Maklumat Islam anjuran Perpustakaan Universiti Islam

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis penutup bagi Kursus Literasi Maklumat Islam anjuran Perpustakaan Universiti Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 November 2026 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui

Bandar Seri Begawan, 5 November 2026 – Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) baru-baru ini telah menghantar 3 orang pelajar dari kalangan Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar (MPP PP) UNISSA menyertai satu satu program kepimpinan serantau yang antara lain bertujun untuk membina pemimpin belia masa depan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Rantau ASEAN iaitu ASEAN School of Youth Leadership (YouLead 2025): Building Future Leaders for ASEAN bertempat di Akedemi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Malaysia. Program diadakan pada 15 hingga 18 November 2025.
Dirasmikan oleh Speaker Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, acara ini menekankan tanggungjawab pemimpin muda dalam menyumbang secara bermakna kepada pembangunan rantau ini.

Program empat hari tersebut telah menghimpunkan 116 delegasi pelajar yang mewakili 12 negara ASEAN termasuk ahli baharu Timor Leste; mewujudkan platform untuk memperkukuh rangkaian kepimpinan dan memupuk kerjasama di kalangan belia. Para peserta yang terlibat menyertai pelbagai aktiviti antaranya termasuklah team building, cultural exchanges dan study visit, serta turut berhubung dengan delegasi daripada Global Youth Work Conference 2025.
Sepanjang program ini, pelajar berpeluang untuk belajar daripada Menteri, Duta, Naib Canselor, dan pakar geopolitik yang berkongsi pandangan tentang demokrasi, etika, tadbir urus, dan cabaran kepimpinan di rantau yang berkembang pesat.
Tumpuan utama YouLead 2025 ialah pada megatrend global seperti inovasi, pemikiran masa depan, analisis situasi, dan perancangan strategik – melengkapkan pelajar dengan rangka kerja kepimpinan yang berpusatkan pandangan jauh dan kebolehsuaian.

UNISSA diwakili oleh Ahmad Danieel bin Abdul Haniff selaku Yang Di-Pertua Pelajar, Nuruljannahwajihahafifah binti Armanshah selaku Naib Yang Di-Pertua Pelajar dan Nur Irdina Sorfina Binti Shahri selaku Exco, Unit Pembangunan Kemahiran, Keusahawanan & Inovasi, MPP PPUNISSA. Dalam program tersebut, Ahmad Danieel bin Abdul Haniff telah berjaya membawa pulang Anugerah Promising Young ASEAN Leader Award (Male Category) serta wang tunai RM1000.
