Share News
Recent News

Sukarelawan Mahasiswa FBA UNISSA Mendukung Usaha Penerapan Bahasa Arab dalam Bimbingan Mualaf
BELAIT, 25 Oktober 2026 (Ahad) – Mahasiswa Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif
Sebagai salah satu strategi pemasaran buku-buku terbitan UNISSA, UNISSA Press telah menyertai Pesta Buku Brunei 2025 sempena Sambutan Bulan Bahasa 2025 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Antara objektif penyertaan UNISSA Press di Pesta Buku Brunei ini adalah untuk mempromosikan buku-buku terbitan UNISSA, mengeratkan jalinan kerjasama, hubungan perniagaan serta wadah pertemuan antara penerbit buku, toko buku dan masyarakat, sebagai ‘One Stop Academic and Islamic Book’ iaitu tumpuan Buku-buku Akademik dan Islamik serta memperkenalkan bahan terbitan UNISSA kepada masyarakat. Pesta Buku Brunei telah diadakan selama 10 hari, bermula 28 Safar hingga 7 Rabiulawal 1447 bersamaan 22 hingga 31 Ogos 2025 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei 2024 telah diadakan pada 23 Ogos 2025 dan perasmiannya disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Awang Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

