UNISSA MENERIMA LAWATAN AKADEMIK DARIPADA UNIVERSITAS ISLAM NEGERI (UIN) SALATIGA, INDONESIA Perbincangan Kerjasama Penyelidikan dan Syarahan Khas Bersama Fakulti Usuluddin

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

 

Selasa, 14 Julai 2026 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan akademik daripada delegasi Universitas Islam Negeri (UIN) Salatiga, Indonesia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat L1.2, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Delegasi tersebut disambut oleh Yang Mulia Profesor Madya Dr Anis Malik Thoha, Dekan Fakulti Usuluddin, bersama barisan tenaga akademik dan pegawai pentadbiran fakulti. Rombongan yang terdiri daripada 13 orang itu diketuai oleh Yang Mulia Dr H. Sutrisna, S.Ag., M.Pd., Ketua Pusat Penjaminan Mutu, Fakultas Ushuluddin, Adab dan Humaniora, UIN Salatiga.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan akademik antara kedua-dua institusi melalui perbincangan mengenai potensi pelaksanaan Geran Padanan Penyelidikan (Research Matching Grant) di samping menggalakkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, penerbitan ilmiah dan pembangunan akademik.

Sebagai sebahagian daripada program lawatan, dua orang akademik daripada UIN Salatiga, iaitu Dr H. Sutrisna, S.Ag., M.Pd. dan Dr Muh. Nursikin, M.Ag., telah menyampaikan Syarahan Khas (Guest Lecture) kepada para pensyarah serta pelajar pascasiswazah Fakulti Usuluddin. Sesi tersebut menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman penyelidikan serta pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa dalam bidang pengajian Islam.

Delegasi UIN Salatiga yang hadir ialah:

  1. Dr H. Sutrisna, S.Ag., M.Pd. – Ketua Pusat Penjaminan Mutu, Fakultas Ushuluddin, Adab dan Humaniora
  2. Prof. Dr Imam Sutomo, M.Ag. – Ketua Senat UIN Salatiga
  3. Prof. Dr Benny Ridwan, M.Hum. – Timbalan Dekan, Fakultas Ushuluddin, Adab dan Humaniora
  4. Prof. Dr Mochlasin, M.Ag. – Anggota Senat UIN Salatiga
  5. Dr Muh. Nursikin, M.Ag. – Ketua Program Sarjana PAI, Pascasarjana UIN Salatiga
  6. Prof. Dr Sa’di, M.Ag. – Anggota Senat UIN Salatiga
  7. Prof. Dr Mubasirun, M.Ag. – Setiausaha Senat UIN Salatiga
  8. Prof. Dr Mansur, M.Ag. – Anggota Senat UIN Salatiga
  9. Dr Sary Famularsih – Pensyarah UIN Salatiga
  10. Dr Setyarini, M.Pd. – Ketua Program Sarjana Tadris Bahasa Inggeris, Pascasarjana UIN Salatiga
  11. Siti Nur’aini, S.Ag. – Pendamping
  12. Drs. Hj. Ngamilah, M.Ag. – Pendamping
  13. Ramaji Atun Suratini – Pendamping

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati berupa Mushaf Al-Quran UNISSA sebagai tanda penghargaan, diikuti dengan bacaan Surah al-‘Asr secara berjemaah.

Lawatan ini diharapkan dapat memperkukuh lagi jaringan kerjasama strategik antara UNISSA dan UIN Salatiga serta membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, mobiliti akademik, penerbitan ilmiah dan pembangunan modal insan pada masa hadapan.