
Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA sertai Blueprint Endowmen 5.0 bagi memperkukuh kelestarian kewangan UNISSA
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah

Selasa,28 Julai 2026-Alhamdullilah, dua orang pelajar mewakili Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), iaitu Muhammad

Rabu, 30 April 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan rasmi dari delegasi Jabatan Mufti Johor yang diketuai oleh Sohibus Samahah Yang Berhormat Dato’ Haji Yahya bin Haji Ahmad, Mufti Negeri Johor Darul Ta’zim. Ketibaan delegasi Mufti Johor tersebut dialu-alukan oleh Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA berserta pegawai-pegawai eksekutif UNISSA.
Didalam ucapan alu-aluan, Rektor UNISSA telah menyampaikan rasa penghargaan atas kunjungan Mufti Negeri Johor Darul Ta’zim ke UNISSA dan juga menyatakan penubuhan Pusat Penyelidikan Mazhab Syafií di UNISSA adalah hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk melahirkanpara ulama dan cendekiawan yang berwibawa dalam memperkembangkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan mazhab Syafii’.
Pusat Penyelidikan Mazhab Syafii, UNISSA merupakan sebuah pusat penyelidikan yang memfokuskan kajian berkaitan mazhab Syafi’i serta menyediakan pelbagai program akademik yang lebih fleksibel dan dinamik berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah bagi memenuhi keperluan dan pembangunan negara.
Yang Berhormat Mufti Negeri Johor, Malaysia dalam ucapan balasnya berasa kagum dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh UNISSA demi memperkasa hasrat murni Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Disamping itu, perbincangan ilmiah di antara kedua-dua pihak yang menumpukan kepada usaha-usaha dalam menangani isu-isu hukum serta fatwa kontemporari yang berteraskan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Syafi’i.