UNISSA Hadiri Program “Empowering Women in Higher Education: Leading in the Era of Artificial Intelligence” Anjuran Oxford City Academy for Education and Development

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Isnin, 13 Oktober 2025 – Oxford City Academy for Education and Develompent telah mengadakan program bertajuk “Empowering Women in Higher Education: Leading in the Era of Artificial Intelligence”.

Program telah dihadiri oleh Profesor Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, Penolong Rektor (Akademik) dan Dayang Nurathirah Salihah binti Haji Md Salleh, Timbalan Pendaftar (Akademik) UNISSA.

Turut dihadiri oleh 17 pemimpin dan profesional dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi dari pelbagai negara seperti Kanada, Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Nigeria, Morrocco dan Georgia.

UNISSA telah menerima keahlian di Oxonia Uniersities Network yang berfungsi sebagai satu platform ini untuk kerjasama dan jaringan masa depan antara para peserta yang pernah menghadiri program yang telah dikendalikan oleh Oxford Academy.

Melalui rangkaian ini, UNISSA akan memperluaskan hubungan di peringkat global serta membina perkongsian dan pertukaran akademik.